Hiburan
“Walaupun Dia Rockers, Dia Tak Sambut Hari Ibu & Hari Bapa” – Lepas Muat Naik Posting Ni, Nabila Huda ‘Tembak’ Mak Tiri!
Belum sampai satu hari Nabila Huda memuat naik posting ‘manis’ buat bapanya, vokalis Search, Amy, ibu tiri turut membuat satu posting di laman Instagram (IG).
Bagaimanapun, posting tersebut telah mendapat perhatian netizen kerana kapsyen yang ditulis isteri penyanyi rock lagenda itu dikatakan seperti menyindir ucapan Hari Bapa Nabila Huda kepada bapanya.
Tidak sampai 3 jam isteri Amy, Norhasniza Hassan atau Norish yang menggunakan nama @qasander di IG memuat naik postingnya wanita tersebut di’bash’ beberapa pengikut laman sosial terebut.
Sehingga ada yang menanda nama Nabila Huda atau Abil yang menggunakan nama akaun @kupu_kupu pada ruangan komen di IG ibu tirinya itu.
Tidak berdiam diri, Nabila telah melakukan screen shot dan memuat naik kapsyen ditulis @qasander dan dijadikan posting terbaharu di IGnya.
Dalam nada tulisan yang agak berang, Nabila berkata, beginilah drama dalam hidupnya selama ini dan tidak akan pernah habis.
Nabila turut menempelak ibu tirinya itu dan mendakwa wanita tersebut adalah punca dia berjauhan dengan bapanya selama ini.
Dia juga telah menanda nama @qasander pada kapsyen yang ditulisnya.
Terdahulu, @qasander telah memuat naik foto suami bersama anak-anaknya dengan kapsyen yang memberitahu walaunpun suaminya seorang ‘rockers’, dia tidak pernah menyambut hari ibu atau bapa.
Kata @qasander menerusi posting terbaharunya itu, Amy tidak pernah menyambut dua ‘hari’ tersebut kerana ia bukan untuk orang Islam dan ibu dan bapanya tidak pernah mengajar untuk menyambut kedua-duanya.
Disebabkan posting itu, ada warga net yang mengaitkan posting dimuat naik @qasander sengaja ditujukan kepada ucapan Hari Bapa yang dibuat Nabila pada awal pagi tadi.
Mengeruhkan keadaan apabila ada yang cuba melagakan ibu kepada tiga orang anak ini dengan Nabila di ruangan komen.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama IG Norish diserang pengikut Instagram dan dikaitkan dengan Nabila.
Sebelum ini ada desas-desus mengatakan hubungan dua beranak tiri ini kurang baik.