"Walaupun Diselaputi Lumpur..." - Gelaran 'Bapak Ayam' Masih Melekat, Ini Pesanan Tauke Kepada Netizen!
Terpalit dengan pelbagai kontroversi pada tahun lalu, pelawak Tauke akui masih wujud sesetengah pihak yang mengecam segala tindak tanduknya.
Malah, hingga hari ini gelaran 'bapak ayam' itu seolah-olah sebati dengan Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria.
Bercerita mengenai kecaman berkenaan, Tauke berkata, dia kini hanya mampu untuk bersikap positif dan mengambil semangat daripada insan tersayang.
"Orang masih ungkit benda lama, dah kena cop gatal, bapak ayam.
"Saya pun akan datang Wallahualam tak tahu. Kalau boleh now kita positif.
"Isteri pun motivation, walaupun kita diselaputi dengan lumpur, dikecam hebat, tapi isteri masih berdiri, maknanya kita masih ada semangat," katanya.
Jelasnya, dia juga bersyukur kerana ramai rakan baik dan sahabatnya masih memberi sokongan untuk dia kembali bangkit.
"Contohnya Iqram Dinzly, Anju (Zarina Anjoulie), Yusof Azmi semua tak putus bagi saya sokongan," katanya.
Ditanya mengenai program Jari Neraka terbitannya sendiri, Tauke berkata, program yang dikendalikan bersama Anju itu timbul selepas dia ditahan gara-gara terpalit fitnah kes pemerdagangan manusia, pertengahan tahun lalu.
"Ketika itu, saya sangat sedih dan hampir alami kemurungan. Jadi, saya banyak bersolat dan berdoa kepada Allah. Dari situ, terdetiknya ilham menghasilkan Jari Neraka.
"Kita sudah berada pada 2022. Jadi, kalau kita tidak membendung masalah dalam media sosial, risau ia akan menjadi wabak.
"Sebab kita boleh perhatikan masyarakat sekarang, kalau hendak kecam, mereka tidak kira siapa. Sampaikan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri pun menjadi mangsa kecaman, usah cakap artis sahaja," katanya.
Sekadar info, Program Jari Neraka yang diterbitkan oleh Rentak Sehati itu bakal menyaksikan pelawak tersebut bergandingan bersama Anju selaku pengacara.
Disiarkan menerusi YouTube, Jari Neraka juga bakal menampilkan ramai selebriti jemputan termasuk Iqram Dinzly, Zed Zaidi, PU Amin, Yusof Azmi dan ramai lagi.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak lelaki telah ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks yang berlaku di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, selepas berita itu tular, Tauke mendakwa pelawak yang ditahan bukan dirinya.
"Kerjasama yang telah saya berikan kepada pihak PDRM telah disalah anggap dan banyak pihak telah memilih untuk menghukum sebelum menilai," katanya.
BACA: "Kerjasama Dengan PDRM Disalah Anggap & Banyak Pihak Telah ..." - Tauke Nak Saman Penyebar