Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Walaupun Jika Dia Cuma Membaca, Tapi ...." - Pak Nil Puji Cara Penyampaian RM (BTS) di UNICEF

Rozaimi Zubaidi 28/09/2018 | 04:05 MYT
Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi memberi pujian terhadap ucapan yang disampaikan oleh anggota kumpulan kpop BTS, RM di UNICEF.
Menerusi entri di Instagram (IG), Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Paknil kagum dengan cara penyampaian yang disampaikan oleh RM walaupun ramai pihak mempertikaikannnya.
"Bila tonton ucapan RM dari kumpulan KPop BTS di Unicef, #paknil terfikir: Adakah ini satu gimik dari UNICEF menggunakan kumpulan kpop untuk beri kesedaran pada dunia? Jika ya, ia satu tindakan yang bijak. Langkah yang menjadi.
"Tapi kalau kumpulan yang dipilih itu harap popular saje tapi ‘kosong’ dalam pengucapan, takkan berjaya jugak. Ucapan RM sebagai ketua kumpulan Paknil anggap sebagai sangat berjaya. Cara pengucapan menjadikan mesejnya sampai.
"Alah mungkin ada yang cakap, kan dia baca text tu? Dia baca je. Orang lain yang tulis ucapan tu. Tapi cuba fikir. Walaupun jika dia cuma membaca, tapi dia baca dengan penuh kefahaman dan nada dia tepat. Setidak-tidaknya dia ada ilmu cara pembacaan.
"Kita semua tidak dilahirkan sempurna dengan semua ilmu ada pada kita. Penulis text itu sendiri mungkin penulis text yang baik tetapi jika dia sendiri sampaikan belum tentu berkesan kerana ilmunya setakat menulis.

Bila tonton ucapan RM dr kumpulan KPop BTS di Unicef, #paknil terfikir : 1. Adakah ini satu gimik dr UNICEF menggunakan kumpulan kpop utk beri kesedaran pd dunia? Jika ya, ia satu tindakan yg bijak. Langkah yg menjadi 2. Tapi kalau kumpulan yg dipilih itu harap popular saje tp ‘kosong’ dlm pengucapan, xkan berjaya jugak. Ucapan RM sebagai ketua kumpulan Paknil anggap sebagai sangat berjaya. Cara pengucapan menjadikan mesejnya sampai. 3. Alah mungkin ada yg ckp, kan dia baca text tu? Dia baca aje. Org lain yg tulis ucapan tu. Tp cuba fikir. Walaupun jika dia cuma membaca, tp dia baca dgn penuh kefahaman dan nada dia tepat. Setidak2nya dia ada ilmu cara pembacaan UPDATE : Paknil diberitahu text itu RM yg tulis sendiri! Buat Paknil lagi kagum! Nampak mcm tu aje kan tp penuh ilmu di dada. 4. Kita semua tidak dilahirkan sempurna dgn semua ilmu ada pd kita. Penulis text itu sendiri mungkin penulis text yg baik tetapi jika dia sendiri sampaikan belum tentu berkesan kerana ilmunya setakat menulis. 5. Ilmu adalah dicari dan bukan dilahirkan. Tiada siapa boleh tahan kita dari mencari ilmu. Tak kira ilmu apa. 6. Melihat kepada artis muda kita, paknil tawarkan cadangan mencari ilmu itu. Pergilah berguru. Korang boleh jadi idola sebenar. . Video penuh di IGTV paknil. Tonton dan pikir balik apa yg Paknil ckp kan tu ❤️

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

" Ilmu adalah dicari dan bukan dilahirkan. Tiada siapa boleh tahan kita dari mencari ilmu. Tak kira ilmu apa.
"Melihat kepada artis muda kita, paknil tawarkan cadangan mencari ilmu itu. Pergilah berguru. Korang boleh jadi idola sebenar," tulisnya.
Baru-baru ini, kumpulan yang mempunyai tujuh orang ahli iaitu, RM, Jin, J-Hope, Suga, V, Jimin dan Jungkook menjadi bualan ramai apabila dijemput untuk memberikan ucapan berkaitan dengan kempen ‘Love Myself’ yang dilancarkan mereka.
#Pengacara #Datuk Aznil Nawawi
;