Laman Utama
“Walaupun Sudah Berlainan Jalan Kehidupan…”- Demi Anak-Anak, Bekas Isteri Eizlan Yusof Tetap Jaga Hubungan Baik
Meskipun sudah berpisah dan masing-masing sudah berkahwin serta menjalani kehidupan sendiri, namun bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan tetap menjalinkan hubungan baik.
Kata Vie Shantie, mereka perlu bersikap matang demi menjaga hati anak-anak.
“Walaupun sudah berlainan jalan kehidupan, tapi ukuwah kekeluargaan tetap terjalin. Demi penyatuan anak-anak, ibubapa haruslah bersikap matang dalam setiap tindakan.
“Bukan hati kita yang harus diutamakan. Tapi hati mereka dan jiwa mereka yang perlu disatukan. Semoga ikatan persaudaraan mereka terus terjalin di dunia dan akhirat, insya-Allah,” katanya.
Vie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia bersama Eizlan dan isteri serta anak-anak bergambar bersama.
Vie juga sempat mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya yang baru menimang cahaya mata.
“Congratulations to both parents Daddy @eizlanyusof and Mama @sashaboudville . Welcome to the family Baby Zaelynn Rosa…
“May you be blessed with good health, love and laughter, insya-Allah,” ucapnya.
Vie Shantie dan Eizlan bercerai talak satu pada tahun 2015 selepas 8 tahun bersama dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Vie Zaara, 13 , Zareef Yusof, 11, dan Vie Zaalia, 8.
Kemudian Vie Shantie berkahwin dengan seorang orang kenamaan manakala Eizlan menidirkan rumah tangga dengan Natasha Rosa Boudville pada 12 Disember 2019.