Laman Utama
Walaupun Tak Ada RM Atau Jimin Dalam The BTS Meal, ARMY Buat Mc Donald's Kucar Kacir
Peminat setia BTS di Malaysia yang digelar ARMY hari ini menjadi 'VIP Pertama' yang mendapatkan edisi terhad kolaborasi The BTS Meal yang dijual di premis perniagaan Mc Donald's sejak pukul 10 pagi tadi.
Malaysia menjadi negara pertama daripada 12 di Asia yang menjual set khas The BTS Meal yang merupakan 10 keping McNuggets, Kentang saiz sederhana, secawan Coke dengan dua eksklusif sos pilihan dari BTS yang diilhamkan dari Mc Donald's Korea Selatan: Sweet Chili dan Cajun.
Cukup tersohor di seluruh dunia, tidak hairan apabila keluaran edisi khas ini menjadi rebutan para ARMY yang telah berbaris di premis makanan segera itu sejak awal pagi.
Mereka berkongsi keterujaan kerana berjaya membeli set dengan warna khas ungu. Ironi, edisi khas tersebut tidak disertakan dengan anggota kumpulan tersebut seperti Jimin, RM, J Hope; seperti yang dikeluhkan oleh para ibu kerana terpaksa membelikan The BTS Meal buat anak anak mereka.
Malah, platform media sosial dihebohkan dengan pelbagai reaksi daripada ARMY. Ada yang gembira kerana dapat menjadi antara pembeli terawal memiliki set eksklusif tersebut, manakala ramai yang mengeluh kerana gagal membeli.
Hal itu lantaran trafik aplikasi delivery dan servis online makanan segera itu sesak sehingga tidak berfungsi.
Mengikut laporan sebelumnya, terdapat 49 negara akan menjual set eksklusif tersebut. ARMY di Singapura, Korea Selatan dan Vietnam akan boleh membeli bermula 27 Mei, Filipina (18 Jun) dan 25 Jun di Indonesia.