Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

"Walid Tahu Adik Kuat! Lawan Sakit Ye Sayang" - Ali Puteh Kongsi Perkembangan Anak

ZULHILMI JALIL 17/11/2019 | 07:25 MYT
Pelawak Ali Puteh memberitahu keadaan anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah kini sudah mula menunjukkan progres positif selepas menjalani pembedahan pada Isnin lalu berikutan masalah injap jantung terbalik.
Berita mengenai perkembangan kesihatan anak perempuannya itu dikongsikan Ali di Instagram miliknya semalam.
"Hari ke 6...Alhamdulillah...berkat doa semua keluarga rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia yang tak putus doakan Ainul Mardhiah...dapat berita daripada doktor yang jantung adik dah mula bernafas sendiri tapi masih gunakan bantuan mesin.
"Paru-paru dia dah mula aktif tapi masih sangat-sangat lemah...ya Allah...Walid tau adik kuat!!! Lawan sakit ye sayang...terima kasih semua...doakan Ainul terus kuat," tulisnya.
Sebelum ini Ainul yang berusia tiga bulan dilaporkan bertarung nyawa selepas disahkan mengalami masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik.
Susulan keadaannya itu, Ainul kemudian menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur baru-baru ini.
BACA: “Soal Duit Walid Usahakan, Biarlah Susah dan Perit…” – Ali Puteh Meluah Rasa
Ali yang mendirikan rumah tangga dengan Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang anak lagi, Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang berusia dua tahun.
#Pelawak #Ali Puteh