Laman Utama

“Wallet Friendly” - Tumpang Kontroversi ‘Muslim Friendly’, Selipar Bata Tular Sampai 'Sold Out'

Azwa Rahman
09/04/2021
05:15 MYT
Sponsor Banner
“Wallet Friendly” - Tumpang Kontroversi ‘Muslim Friendly’, Selipar Bata Tular Sampai 'Sold Out'
Gara-gara kontroversi ‘Muslim Friendly’ yang sedang hangat diperkatakan, jenama kasut tempatan Bata mencuri perhatian wargamaya apabila tampil dengan edisi ‘wallet friendly’.
Menerusi laman sosial Instagram, Bata memuat naik promosi terbaharu selipar slip-on mereka yang berharga RM39.99.
Hasil daripada perkongsian itu, langkah promosi Bata tersebut tular di Twitter apabila ramai wargamaya menunjukkan sokongan mereka terhadap jenama kasut tempatan tersebut.
Malah, wargamaya turut bersetuju dengan pemilihan pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin sebagai duta jenama Bata.
Suka shopping kasut Bata! Tahan lama, pakai sampai lenjan,” komen seorang wargamaya.
Nice. Support Bata. Eksen lebih yang taknak beli design tak nice la pa. Nike Adidas design gini nak pulak,” luah seorang wargamaya.
We all buyin Bata now, periodtttttt,” sokong seorang wargamaya.
SUMPAH SEDAP GILA PAKAI. Tapak dia sedappp. Ramai tak percaya kasut ni brand Bata. Kelakar bila ingat reaction dorang,” kata seorang wargamaya.
Apo nak malu brand bata. Pernah terserempak Zetty Aziz shopping sorang kat KLCC beli kasut Bata.. Comel je dia berbaju kurung everywhere,” luah seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, jenama selipar, Fipper yang menjalinkan kolaborasi bersama aplikasi The Noor telah mengundang kontroversi apabila menggunakan perkataan ‘muslim friendly’ atau mesra muslim sebagai salah satu ciri seliparnya.
Jenama itu kemudiannya tampil memohon maaf atas kekeliruan berhubung isu penggunaan perkataan tersebut pada produk mereka.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar