Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Wan Sharmila Merajuk, Syazwan Zulkifly Pujuk Beri Cincin, Peminat Komen “Cepatlah Kahwin! Bersemut Sangat Ni!”

Mya Amri 21/09/2020 | 09:37 MYT
Pelakon Syazwan Zulkifly mendapat perhatian peminat selepas menghadiahkan sebentuk cincin kepada aktres Wan Sharmila.
Syazwan juga berkongsi video pendek merakamkan momen manis sewaktu memberikan kejutan kepada Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala.
Menerusi video yang dikongsi Syazwan di akaun Instagramnya, aktor itu menjelaskan hadiah tersebut merupakan inisiatif dirinya untuk memujuk Lala yang sedang merajuk.
“Sehari juga kakak korang @lala.wansharmila ni merajuk tak balas WhatApps dan korang tengoklah muka dia masa awal-awal live tu, masam je kan? Ini dia dah boleh senyum balik, kira okay lah tu kan? Hehe,” tulisnya.

Sehari gak kakak korang ni merajuk.Aihhh.Thank you @leleecincincouple sebab jadi penyelamat keadaan sebab suggest aku amik set cincin yang ni.Asalnya aku nak amik satu cincin je,tapi kalau amik pair lagi untung pula,Aku amik la pair punya set.Banyak sebenarnya benda hang akan dapat kalau beli cincin dengan diaorang ni.Siapa-siapa yang nak minta maaf macam gua juga,boleh la tengok dekat IG diaorang?hehehe Sehari juga kakak korang @lala.wansharmila ni merajuk tak reply whatsapps and korang tengok la muka dia masa awal2 live tu,masam jer kan?Ini dia dah boleh senyum balik, kira ok la tu kan?hehe ?

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Walaupun hubungan mereka sekadar kawan, namun menerusi ruangan komen rata-rata peminat berharap Syazwan dan Lala menjadi pasangan.
Tidak kurang juga ada yang mendoakan hubungan mereka berakhir hingga ke jinjang pelamin.
“Kita kawan bukan kahwin… Hehehe kawan-kawan dulu, esok-esok ada jodoh kahwin ya,” komen @juesyah25
“@syazwanzulkifly pun dah luahkan melalui lagu background... Tolonglah lala @lala.wansharmila kahwin dengan Syazwan,” pujuk @nadiadasuki
“Asal saya senyum memanjang tengok video ni. Lagu ni @syazwanzulkifly suka nyanyi time live IG. Sesuai sangat. Good job bro. Semoga yang baik-baik sahaja untuk korang. @lala.wansharmila,” tulis @lunia_ainul
Terdahulu, Lala sebelum ini mengakui ramai peminat yang menginginkan mereka menjadi pasangan suami isteri sama seperti dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.
BACA: Peminat Suruh Kahwin Dengan Syazwan Zulkifli, Ini Jawapan Wan Sharmila
#Wan Sharmila #Syazwan Zulkifly
;