Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Wani Comel Alami Masalah Jantung Bengkak, Perlu Rujuk Pakar - "Tolong Doakan Saya"

ZULHILMI JALIL 10/12/2020 | 00:50 MYT
Selepas dikejarkan ke hospital baru-baru ini, wanita yang mengalami masalah obesiti, Wani Comel memaklumkan perkembangan kesihatan dirinya kepada umum.
Menurut Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, pemeriksaan lanjut mendapati dirinya mengalami komplikasi jantung bengkak.
"Semua sedia maklum yang saya didiagnos menghadapi jangkitan kuman pada paru-paru baru-baru ini.
"Hari ini (semalam) setelah dilakukan pemeriksaan lanjut sekali lagi, terhadap saya oleh pihak Hospital Putrajaya, saya didapati menghadapi komplikasi jantung bengkak dan diminta untuk melakukan rawatan susulan berkenaan kompliksi tersebut ke hospital pakar seterusnya," katanya.
Berita itu dikongsikan Wani menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Bagaimanapun, jelas Wani dia kini sudah dibenarkan pulang ke rumah buat sementara waktu.
"Buat masa ini saya dibenarkan pulang sementara menunggu untuk rawatan susulan pakar berkaitan jantung ini.
"Tolong doakan saya. Ya Rahman, Ya Rahim, aku berserah kepadaMu. Terima kasih semua yang telah mendoakan saya dan bersama saya dengan kata-kata semangat. Saya amat hargainya dunia akhirat. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian," katanya.
Sebelum ini, Wani dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas mengalami masalah kesukaran bernafas.
BACA: Wani Comel Masuk Wad, Jangkitan Kuman Di Paru-Paru - "Doktor Akan Scan Juga Di Perut Bimbang Dijangkiti..."
Terdahulu, Wani bertandang ke ibu kota bagi mengadakan sidang media susulan konflik dirinya bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.
BACA: "Kepada Wani Terima Kasih. Awak Nak Saman Saya? Kerjalah Adik Wani Saya Oii" - Aliff Syukri
Kredit foto: Instagram Wani Comel & Kosmo!
#hospital #Obesiti #Wani Comel #Jantung Bengkak #Pakar
;