Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Wani Kayrie Enggan Terburu-Buru, Keluarga Tak Galak Kahwin Muda - “Saya Banyak Komitmen, Kadang-Kadang Sabar Itu Lebih Indah”

Mya Amri 29/07/2024 | 07:55 MYT

Penyanyi, Wani Kayrie, 24, akui tidak mahu terburu-buru memikirkan soal perkahwinan atau menamatkan zaman bujang.

Tak Terdesak Nak Kahwin, Sabar Itu Indah

Malah kata Wani, keluarganya juga tidak mendesak untuk dia segera berumah tangga memandangkan dirinya komitmen terhadap adik-beradik yang lain.

“Sudah tentu kita semua ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga dan walaupun melihat Sarah yang seusia dengan saya berkahwin tapi bagi saya itu pilihan masing-masing.

“Secara jujurnya saya pun tidak tergesa gesa untuk berkahwin sebab saya tahu saya ada komitmen lain dengan keluarga dan juga diri saya sendiri.

“Jadi saya rasa… Kadang-kadang sabar itu lebih indah. Ibu saya pun tidak bertanya sebab dia juga faham banyak komitmen.

“Keluarga pun mungkin tidak menggalakkan lagi untuk berkahwin di usia yang muda sebab saya pun anak sulung.

“Saya ada adik-adik yang saya rasa tidak mahu tinggalkan mereka lagi, orang kata pilihan masing-masing,” katanya.

Wani berkata demikian ketika ditemui pada majlis pernikahan rakan baiknya, penyanyi Sarah Suhairi yang berlangsung di Berern Hill, Hulu Langat baru-baru ini.

Nafi Bercinta Dengan Afieq Shazwan

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hubungannya yang kelihatan kembali akrab bersama Afieq Shazwan, Wani menafikan dakwaan sedang menyulam cinta bersama penyanyi itu.

"Mana ada kembali bersama. Kami memang rapat sejak terbabit dalam program Big Stage dan rakan-rakan pun tahu tentang perkara itu.

“Sebelum ini pun kami tak pernah mengaku bercinta atau apa-apa sebab kami lebih selesa untuk berkawan.

“Keluarga juga tahu, bak kata orang lebih baik berkawan, merapatkan silaturahim. Jadi kami ambil keputusan untuk menjadi sahabat.

“Selebihnya kalau ada yang nak masuk meminang atau apa itu keputusan lain.

“Tapi untuk masa sekarang ini saya pun tidak mahu meletakkan apa-apa komitmen mengenai perkahwinan sebab saya pun rasa saya masih muda.

“Kadang-kadang mungkin ada orang yang nampak kami bersama sebenarnya itu hanyalah keakraban kami.

“Kami memang sudah kenal dari kecil cuma jumpa kembali semasa Big Stage. Sebenarnya yang merapatkan kami berdua semula ada group kami, The Sawan iaitu Sarah Suhairi, Sissy Iman, Naim Daniel dan Syaffiq Erwin,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN:“Dua-dua ‘Main Tarik Tali’…Biasalah Perempuan Akan Jual Mahal” – Afieq Shazwan Komen Hubungan Dengan Wani Kayrie

ARTIKEL BERKAITAN:“First In Malaysia..” - Wani Kayrie ‘Belanja’ Rupa Kereta Mercedes Baharu Dalam Rona Ungu Lavender

ARTIKEL BERKAITAN:“Individu Itu Bukanlah Kawan Tapi…” - Afieq Shazwan Sanggup Berkenalan Dengan Anak Ikan Demi Watak

ARTIKEL BERKAITAN:Aidil Aziz Komen Isu Babak Panas Fasha - “Sudah Tentu Saya Tahu, Afieq Juga Ada Minta Izin Saya"

Sebelum ini, hubungan rapat yang dilabel sebagai 'teman tapi mesra' di antara Afieq dan Wani terjalin apabila mereka menyertai Big Stage musim pertama pada 2018.

Bagaimanapun pada Mei 2022, Afieq mendedahkan dia menutup pintu hatinya untuk bercinta selepas 'kecewa' apabila hubungan istimewa dijalin dengan Wani menemui titik noktah.

#Kahwin #Wani Kayrie #Kahwin Muda #Afieq Syazwan
;