Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Wanita Alami Long COVID Derita Tidak Boleh Kencing Tiga Tahun

Maliah Surip 16/08/2023 | 13:45 MYT
Seorang wanita, Abigail Snowball menjadi salah seorang ‘mangsa’ komplikasi jangka panjang akibat COVID-19 atau Long Covid yang telah merubah keseluruhan hidupnya.
Snowball, 29, dijangkiti COVID 19 pada Julai 2020 dan sejak itu kehidupannya berubah.
Meski pulih namun dia mengalami Long COVID yang menyebabkan dirinya kini hanya duduk di kerusi roda, makan melalui saluran pemakanan selain mengalami masalah tidak boleh membuang air kecil sejak tahun 2020.
Pakar mengesahkan wanita yang mengaku kehidupannya sangat sihat sebelum diserang COVID 19 itu sebagai sindrom Fowler.
Sindrom Fowler sendiri merupakan kondisi yang jarang berlaku dan menyerang wanita muda usia 20-an hingga 30-an sehingga tidak mampu membuang air kecil.
“Saya menyedari tidak membuang air kecil selepas ditanya oleh seorang petugas di hospital sewaktu mendapatkan rawatan kerana Long COVID beberapa bulan selepas bebas penyakit itu pada 2020.
“Dan sejak itu kesihatan saya menurun. Pundi kencing saya tidak lagi berfungsi. Saya kini tidur di atas sofa dan suami akan menguruskan jika saya ingin ke tandas,” cerita Snowball kepada The Independent.
Sehingga kini, Snowball yang sempat tidak kencing selama tiga tahun mengatakan membuang air kecil adalah perkara yang terlalu menyakitkan baginya.
“Membuang air kecil terlalu menyakitkan buat saya. Ada masanya saya mengambil masa sehingga empat jam untuk kencing dalam keadaan yang sangat sakit,” dedah Snowball.
Selain tidak kencing, Snowball juga mengaku sudah setahun tidak makan kecuali menerima makanan melalui saluran pemakanan yang dipasang pada dadanya.
#COVID-19 #Kencing #Long Covid #Abigail Snowball
;