Laman Utama
Wanita Autistik Dakwa Dirog*l Nick Carter - "Selama 21 Tahun Saya Hidup Kesakitan, Tertekan, Malu ..."
Nick Carter berdepan dengan pertuduhan baharu berhubung kes rogol terhadap wanita dan peminatnya.
Anggota Backstreet Boys itu didakwa merogol seorang wanita autistik pada tahun 2001. Waktu itu, wanita tersebut berada di bawah umur iaitu 17 tahun.
Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang wanita, Shannon Shay Ruth yang kini berusia 39 tahun bersama peguamnya dalam sebuah sidang media yang ditayangkan secara langsung di Facebook.
“Selama 21 tahun lalu saya hidup dalam kesakitan, tertekan, menyesal dan malu terhadap diri sendiri terhadap apa yang Nick Carter telah lakukan kepada saya.
“Nick Carter telah merogol saya,” dakwa wanita tersebut seperti dilaporkan FoxNews.
Wanita itu juga dipetik berkata: “Walaupun saya autistik dan menghidap cerebral palsy, saya yakin peristiwa tersebut tetap memberi impak buruk dalam kehidupan saya.
“Perbuatan Nick Carter meninggal kesan yang sangat mendalam terhadap saya.
“Selepas merogol saya, dia memanggil saya sundal terencat dan menarik tangan sehingga meninggalkan kesan lebam.”
Ruth juga mengatakan dia baru berani bersuara sekarang kerana bimbang jika dulu dirinya mendedahkan perkara tersebut, dia boleh dimasukkan ke penjara atas pertuduhan seksual.
Dalam siaran langsung itu, peguam wanita tersebut, Mark J. Boskovich, turut menekankan ini bukan perlakuan sumbang pertama yang dilakukan Carter.
Sebaliknya Carter, 42, sudah memiliki tiga pertuduhan berkaitan rogol terhadap wanita lain.
“Nick Carter mempunyai sejarah panjang tentang perbuatan tak elok terhadap wanita. Ruth bertekad untuk membawa Carter ke muka pengadilan kerana tidak mahu lebih banyak wanita menjadi mangsanya,” katanya.
Bagaimanapun pihak peguam Carter, Michael Holtz menafikan dakwaan yang dibuat terhadap anak guamnya.
“Insiden ini yang didakwa telah berlaku 20 tahun lalu adalah tidak benar dan tidak berasas langsung,” kata pihak Carter.
Selain Ruth, Carter pernah berhadapan pertuduhan merogol salah seorang anggota kumpulan pop wanita, Melissa Schuman pada 2017. Dia menafikan dakwaan tersebut.