Laman Utama
Wanita Cemas Beri Anak Ubat Expired - “Dia Lembik, Tak Larat, Terus Tumbang”
Seorang ibu mengalami detik cemas apabila tersilap memberikan anak perempuannya ubat-ubatan yang sudah tamat tempoh (expired).
Menerusi perkongsian di platform X, wanita berkenaan memberitahu anaknya mengadu demam sebaik sahaja pulang dari sekolah. Sebagai ibu, wanita itu meminta anaknya itu makan ubat.
Namun, selepas mengambil ubat yang diberikan, anaknya mengadu sakit dada sebelum badan mengalami gatal-gatal. Selain itu, mulut anaknya turut bengkak, muka penuh ruam.
“Dia lembik, tak larat, terus tumbang. Saya angkat dia ke katil terus dia muntah. Banyak. Lepas tu dia batuk dan keluar buih penuh kat mulut dia. Saya panggil dia, tepuk-tepuk muka dia, tapi dia tak sedar.
“Dia tak sedar. Pengsan. Nasib time tu, husband baru balik. Terus dukung bawa ke emergency hospital. Jiran kami MA hospital pun banyak bantu kami malam tu sebab kebetulan dia pun baru habis kerja. Kami follow dia sampai emergency.
“Bila sampai hospital, oksigen level dia drop. Tak dapat bayangkan kalau kami lambat ke hospital,” katanya.
Menurut wanita itu, banyak pengajaran yang dapat dipelajari daripada insiden yang berlaku, termasuk tidak menyimpan ubat-ubatan yang telah tamat tarikh luput.
Sumber: Platform X