Terkini
Wanita Ini Kongsi Kejadian Pelik Malam Nikah - “Ada Pelesit Dekat Pelamin, Makanan Basi..”
Hantaran seorang wanita yang berkongsi pengalaman mistik ketika menjelang hari pernikahannya berjaya mencuri perhatian wargamaya.
Menurut wanita tersebut, pelbagai pengalaman pelik yang berlaku kepadanya termasuk kehadiran pelesit di pelamin, makanan basi dan juga sempat bergaduh besar bersama ibunya.
“Masa malam nikah aku, ada pelesit dekat pelamin aku. Tiba tiba gerimis sekejap. Lepastu banyak lagi kejadian pelik masa malam nikah.
“Esok tu sanding, makanan basi lepastu orang kampung ramai tak datang sangat sebab diorang kata mak ayah aku tak jemput padahal mak ayah aku pergi ajak diorang.
“Pagi sanding tu aku gaduh besar dengan mak aku depan orang ramai. Kau rasa,” tulisnya.
Mengulas lebih lanjut lagi, wanita ini turut berkongsi bahawa rupa-rupanya gangguan aneh yang dihadapinya ini sebenarnya adalah santau yang difahamkan telah dihantar oleh kenalan terdekatnya.
“Check dengan kenalan suami dari jauh, dia kata malam saya nikah tu ada orang hantar santau. Bila hujan gerimis maksudnya santau tu dah berjaya dihantar.
“Dia nak buat keluarga saya malu. Sebabtu makanan basi and so on. Kata nya orang terdekat. And org tu ada masa saya sanding/nikah. Sedih gila,” luah wanita tersebut.
Berita Trending: Dicemburui Kerana Memiliki Wajah Kacak, Remaja Dibelasah…
Masa malam nikah aku, ada pelesit dekat pelamin aku. Tiba tiba gerimis sekejap. Lepastu banyak lagi kejadian pelik masa malam nikah. Esok tu sanding, makanan basi lepastu orang kampung ramai tak datang sangat sebab diorang kata mak ayah aku tak jemput padahal mak ayah aku pergi…
— Jue Yen (@izz_shaaaaa) February 15, 2024
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan kejadian mistik yang menimpa wanita tersebut.
“Allahuakbar besarnya ujian hang sis.
“Ya Allah kesiannya u, I faham perasaan u sebab I kene sihir mmg hidup I tunggang langgang serba serbi tak kena.
“Zaman makin moden, makin ramai yang menagih khidmat bomoh. Syirik! Semoga keluarga kau dilindungi sentiasa and kita semua dijauhkan drpd benda-benda macam ni. Amin,” tulis beberapa netizen
Must-Watch Video