Laman Utama
Wanita Kerat Buah Zakar Suami Pemalas Guna Chainsaw
Seorang wanita Serbia didakwa telah memotong buah zakar suaminya menggunakan gergaji rantai (chainsaw) dan memasaknya dalam ketuhar.
Lapor akhbar Daily Star baru-baru ini, wanita berkenaan turut didakwa atas tuduhan membunuh suaminya.
Suspek Teresa Peric, 46, dipercayai memberi dadah kepada Srdjan Peric, 42, sebelum menikamnya sehingga maut, memotong badan mangsa lalu merebus mayatnya di dalam kuali besar.
Pembunuhan ngeri itu dilaporkan berlaku di rumah keluarga berkenaan di bandar Zrenjanin, Serbia kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) pada Selasa lalu.
Anak perempuan kepada wanita itu dikatakan menjadi saksi pembunuhan yang mengerikan. Remaja itu lahir hasil perkahwinan Teresa sebelum ini dan hanya dikenali sebagai D. Lj.
Pasangan itu dilaporkan telah bersama selama dua tahun dan punca kejadian dipercayai disebabkan sikap pemalas Srdjan yang enggan bekerja.
Penduduk tempatan melaporkan bahawa pasangan itu kerap berpisah dan kemudian kembali bersama.
Malah, dalam satu insiden sebelum itu, Teresa bertindak membakar tilam ketika Srdjan sedang tidur.
Sepanjang perkahwinan selama dua tahun, Srdjan pernah direman selama sebulan selepas Teresa membuat laporan polis terhadapnya. Sejak kejadian itu, Srdjan tidak dibenarkan mendekati Teresa tetapi mereka tidak mengendahkan perintah tersebut.
Teresa dikatakan mempunyai empat anak hasil daripada empat perkahwinan berbeza. Tiada seorang pun daripada mereka adalah anak Srdjan.
Kedua-duanya dilaporkan mengambil ubat untuk merawat masalah mental yang tidak dinyatakan dengan jiran mendakwa Teresa juga menggunakan dadah.
Apabila polis tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati mangsa berada dalam keadaan berlumuran darah dan Teresa telah ditangkap kerana disyaki membunuh.
Sumber: Daily Star