Berita

Wanita Larikan Duit Lisdawati Serah Diri, Janji Bayar Ansuran Bermula RM200

Fiza Kamarudin
03/07/2019
14:00 MYT
Sponsor Banner
Wanita Larikan Duit Lisdawati Serah Diri, Janji Bayar Ansuran Bermula RM200
Pelakon Lisdawati mengesahkan wanita yang melarikan ribuan ringgit miliknya sudah menyerah diri dan berjanji untuk melangsaikan hutang tersebut.
Lisdawati berkata, wanita tersebut menyatakan mengenai perkara tersebut melalui pihak ketiga yang menghubunginya siang tadi.
“Alhamdulillah, semuanya dah selesai…wanita tersebut menghubungi saya tetapi melalui kawan dia. Kawan dia mesej beritahu akan bayar hutang secara ansuran bermula dengan RM200.
“Mungkin kerana dia mempunyai masalah peribadi dan tidak dapat menghubungi saya sendiri,” katanya.
Terdahulu Lisdawati mengalami kerugian ribuan ringgit selepas menjadi mangsa tipu wanita dikenali sebagai Nurul Ashikin berusia dalam lingkungan 30-an.
Lisdawati memberi wang kepada wanita tersebut untuk dijadikan modal sebuah projek.
Sumber/Foto: mStar Online
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar