Berita

Wanita Maut Terjatuh Di Bangunan Residensi Bukit Bintang

Gempak
11/11/2024
12:39 MYT
Sponsor Banner
Wanita Maut Terjatuh Di Bangunan Residensi Bukit Bintang

Seorang wanita warga asing ditemukan maut selepas terjatuh dari sebuah kediaman di Pavillion Suite.

Memetik laporan Kosmo, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya terima panggilan kecemasan sekitar pukul 3.57 pagi tadi.

Katanya, seramai 16 anggota lain-lain pangkat keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu bersama empat jentera.

“Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati terdapat seorang wanita dipercayai terjatuh dari tingkat yang tidak diketahui sebelum ditemukan di atas foyer kediaman itu.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 7.48 pagi dengan bantuan jentera kren pihak bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BERITA TRENDING: Ada Individu Dakwa Aliff Aziz & Bella Astillah Bakal

BERITA TRENDING: Ini Sebab Idzham Ismail Nekad Takkan Kembali

BERITA TRENDING: GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais

BERITA TRENDING: Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500, Ini Respons ‘Padu’

Menurut kenyataan itu, anggota bomba menurunkan mangsa menggunakan kaedah teknik sistem lowering sehingga diturunkan ke bawah dengan selamat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

“Usia dan warganegara mangsa belum dikenal pasti, siasatan diteruskan oleh pihak polis,” katanya.

Sumber: Kosmo

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar