Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Wanita Mengamuk Marahkan Anak Dalam Bas Rupanya Tertekan Sebab Dihalau Dari Rumah - “Mentua Tak Suka…”

Izwan Isa 02/06/2022 | 07:50 MYT

Baru-baru ini, gelagat seorang wanita yang dipercayai juga bergelar ibu tanpa segan silu memarahi anaknya ketika dalam perjalanan menaiki bas ke Temerloh, Pahang viral di media sosial.

Menerusi video yang tular dan dikongsikan menerusi pelbagai platform media sosial, wanita berkenaan dikatakan memarahi anaknya sehingga mengeluarkan kata-kata yang kurang enak.
Disebabkan situasi berkenaan berlanjutan, seorang lelaki yang dipercayai anggota polis menegur perbuatan wanita berkenaan dan memintanya untuk tidak terus memarahi kanak-kanak berkenaan.
Menerusi perbincangan netizen, ramai yang melahirkan rasa geram dan marah kepada wanita berkenaan. Maklumlah, anak yang kecil dimarah sebegitu di hadapan khalayak, pasti meninggalkan rasa malu dan trauma yang tidak berpenghujung.
Begitu, kisah sebenar di sebalik amukan wanita berkenaan akhirnya terbongkar. Menerusi perkongsian seorang individu di Facebook, wanita berkenaan dikatakan dihalau oleh ibu mentuanya.
“Orang luar label saya sebagai punca perceraian sedangkan saya kenal abang Azri dua hari sahaja di set penggambaran. Lepas ni nak ambil gambar perlu hati-hati. Saya pelakon baharu dan saya benar-benar terkejut dengan perkara ini,” katanya lagi.
“Hakikatnya dia sedang (dalam) tekanan dan stress. Dia jumpa kami, mungkin Allah dah atur untuk bantu dia. Keadaan dia dan anak-anak sangat sedih. Rupanya dia dihalau mak mentua, suami masuk lokap sebab ambil barang (dadah)... anak dua orang dia bawak tu anak dia dengan suami lama, katanya mak mentua tak suka anak-anak dia,” tulisnya.
Menyambung cerita, individu berkenaan berkata yang wanita berkenaan datang ke Temerloh kerana ingin mencari kerja. Tidak jumpa tempat berteduh, dia dan anak-anak juga hanya menumpang teduh di masjid.
“Katanya nak singgah je Temerloh dan nak ke Kuala Lumpur di tempat lama dia kerja sebelum ini. Tapi kalau dapat kerja di Temerloh, dia nak stay Temerloh je. Tapi dengan keadaan anak-anak dia agak susah sebab masalah dengan transport,” katanya lagi.
Individu berkenaan turut membenarkan wanita dan anak-anaknya untik tinggal di homestay milik mereka sebelum mereka berlepas ke Kuala Lumpur pada hari Selasa.
“Dalam kereta tu saya nasihat lagi kat dia. Jangan mencarut kat anak-anak. Jangan pukul anak. Dia tanya saya macam mana tahu dia pukul anak? Saya bagitau dia kisah akak pukul anak dalam bas dah viral. Terkejut dia.Dia kata boleh tak nak tengok. Saya tunjuk kat dia. Dia kata dia malu,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terkini, difahamkan wanita berkenaan telah pun mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur.

#Marah Anak Dalam Bas #Temerloh #Wanita Mengamuk
;