Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Wanita Offer Jadi Madu, Nak Beri Zuriat! Ini Respon Isteri Izzue Islam - "Ketika Itu Saya Memang ..."

Syafiqah Jalal 08/12/2022 | 01:45 MYT

Isteri kepada Izzue Islam, Awin Nurin akui terkedu ketika seorang wanita datang kepadanya dan suami menawarkan mahu jadi isteri kedua.

Kata Awin, itu bukan kali pertama wanita menawarkan diri mahu menjadi madunya tetapi ia mengejutkan kerana telah ditanya dihadapannya sendiri.
“Ketika itu kami hadir ke satu acara tiba-tiba datang seorang wanita bertudung berpakaian serba hitam dengan pelitup muka dan berkaca hitam menuju ke arah kami.
“Dia terus beritahu mahu menjadi madu Izzue serta mahu memberi zuriat di hadapan kami.
“Saya ketika itu memang terkejut lalu terkedu dengan apa yang berlaku tetapi Izzue terus meminta wanita itu menghormati perasaan saya dan tidak lagi berbuat demikian.
“Saya akui sebelum ini memang ramai yang memberitahu hasrat yang sama tetapi hanya di dalam media sosial dan saya tak pernah mengambil itu serius kerana tidak tahu kesahihannya,” katanya kepada Gempak.
Awin yang merangkap pengurus Izzue itu dihubungi Gempak bagi mengulas mengenai isu berkenaan yang tular sejak beberapa hari lalu.
Kata Awin dia tidak berkecil hati dengan apa yang berlaku kerana lebih mengenali suaminya yang dikahwininya sembilan tahun lalu.
“Saya tak berkecil hati tapi saya rasa perempuan perlu ada rasa hormat terhadap saya bukan sahaja isteri Izzue tetapi hati sebagai kaum wanita.
“Kami pun tidak membawa isu itu lebih panjang kerana saya tahu saya lebih mengenali Izzue.
“Malah selama sembilan tahun berkahwin, Izzue tidak pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi meskipun kami belum menimang cahaya mata,” kongsi Awin.
Beritahu Awin, dia ada perancangan untuk melakukan IVF (rawatan kesuburan) tetapi belum ada masa sesuai.
“Buat masa ini saya dan Izzue masih sibuk dan kami memang ada perancangan untuk lakukan IVF.
“Kami sedang cari masa yang sesuai di mana masing-masing boleh berehat dan menenangkan diri,” ujarnya.
Awin yang lebih berusia lapan tahun dari Izzue mendirikan rumah tangga mereka pada 2 Jun 2013.

#Anak #Izzue Islam #Madu #Isteri #Zuriat #Isteri Kedua #terkedu
;