Berita
Wanita Pura-Pura Batuk, 'Mengaku' Hidap Koronavirus Untuk Elak Diperkosa
Seorang wanita di China menakutkan pencuri yang cuba mencabulnya dengan berpura-pura batuk dan memberitahu dia dijangkiti koronavirus.
Mangsa sedang tidur ketika penceroboh dilaporkan menyelinap ke dalam rumah dan masuk ke bilik tidurnya, lapor Astro Awani.
Apabila dia bangun dan menjerit, penceroboh itu cuba merangkul lehernya, menutup mulutnya dan cuba memperkosanya, lapor media tempatan.
Tanpa berfikir panjang, mangsa terus batuk dan memberitahu dia tidak sihat.
"Saya baru pulang dari Wuhan dan mempunyai gejala jangkitan jadi saya duduk di rumah untuk mengasingkan diri," itu yang dikatakan mangsa.
Penceroboh yang ketakutan itu merampas telefon pintar mangsa dari meja katilnya dan wang tunai £9 (RM48) sebelum berlari keluar.
Polis Jingshan mengesahkan insiden tersebut dalam satu entri di media sosial dan memaklumkan yang suspek telah ditahan.
Sumber: Astro Awani