Laman Utama
Wanita Suka Bra Yang Selesa! Ini 5 Kelebihan Yang Anda Akan Dapat Apabila Menggunakan Flex Smart Dari Triumph
Setiap wanita mesti mencari keselesaan dalam berpakaian terutama sekali apabila melibatkan pakaian dalam. Dengan pakaian dalam yang betul, ia boleh menjadikan seseorang wanita itu bertambah yakin seiring bergerak bebas untuk melakukan aktiviti hariannya.
Setiap jenama pakaian dalam atau bra di Malaysia seharusnya mengambil peluang ini untuk meraikan setiap bentuk tubuh dan payudara seseorang wanita.
Tidak kira seseorang individu itu kurus, berisi, pendek atau kurus, terdapat satu jenama bra yang cukup dikenali kerana kualitinya iaitu Triumph tampil dengan teknologi bra terbaharu.
Dengan bra terbaharu daripada Triumph iaitu Flex Smart, inovasi Flex Inserts yang tersedia sangat sempurna untuk setiap wanita bergerak aktif.
Bukan itu sahaja, ia memberikan sokongan yang padu untuk dada wanita serta menyerlahkan lagi sisi feminin dan seksi seseorang.
Apa kelebihan yang semua wanita akan rasai apabila memakai bra Flex Smart Triumph?
1. Sesuai dipakai dari pagi sehingga ke malam
Dengan menggunakan material yang mesra pada kulit dan rekaannya yang ‘effortless’, bra Flex Smart amat sesuai untuk anda gunakan pada waktu pagi untuk ke pejabat dan terus ke acara makan malam bersama teman.
Anda tidak perlu lagi menukar bra mengikut kesesuaian majlis kerana Flex Smart sedia membantu anda. Lebih istimewa, setiap wanita boleh bebas bergerak tanpa perlu risau dengan garisan bra yang kelihatan. Ia ibarat halimunan pada tubuh anda!
2. Lembut pada kulit dengan fabrik yang boleh meregang
Melihat sahaja pada pemakaiannya, anda sudah boleh tahu ia diperbuat daripada fabrik meregang yang sangat berkualiti.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif pula, bra Flex Smart amat lembut apabila bersentuhan pada kulit dan memberikan anda pengalaman pakaian dalam yang selesa dan bebas.
3. Sesuai digunakan untuk aktiviti yoga dan pilates
Bagi wanita yang menggemari aktiviti yoga dan pilates, kini anda tidak perlu bersusah payah mencari bra sukan yang sesuai digunakan untuk aktiviti tersebut.
Selain selesa digunakan untuk aktiviti harian, anda boleh terus menggunakan Flex Smart sebagai pakaian dalam untuk aktiviti ringan.
Tambah bergaya jika pandai ‘mix and match’ kan bra tersebut dengan seluar dan kasut sukan, memberi stail penampilan terbaharu buat wanita yang memakainya.
4. Rekaan tanpa dawai, sangat selesa tanpa sebarang halangan
Ada dalam kalangan wanita yang gemar memakai bra tanpa dawai untuk keselasaan. Kini dengan Flex Smart, rekaannya tanpa dawai memberikan sokongan yang sepenuhnya pada payudara anda.
Jangan terkejut jika ada wanita yang berubah kepada pemakaian bra tanpa wayar selepas mencuba Flex Smart daripada Triumph, sangat selesa!
5. Senang dilipat dan disimpan rapi
Ini salah satu kelebihan yang ada pada Flex Smart jika anda sedang mencari-cari pakaian dalam baharu. Dengan fakrik lembut, dan tanpa dawai, anda tidak perlu risau lagi dengan masalah cawan bra yang mempunyai kesan lipatan dan berkedut.
Apabila sudah senang dilipat, ia juga senang disimpan dan material yang digunakan tidak memakan ruang di dalam tempat penyimpanan pakaian dalam anda.
Selain bra dan seluar dalam,Triumph turut mempunyai seleksi vest, legging dan bra tanpa dawai berlapik pull on yang dijual secara eksklusif dalam talian.
Dengan fabrik yang mengawal suhu, koleksi ini amat sesuai dipakai untuk senaman ringan atau digayakan bersama pakaian harian anda.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bra Flex Smart, layari laman web mereka di sini.