Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Wanita Suka Tayang Kemewahan Dibunuh, Mayat Disumbat Dalam Almari Pakaian

Gempak 28/09/2024 | 13:55 MYT
Perkongsian tentang kemewahan diri secara berlebih-lebihan di media sosial dikatakan menjadi punca wanita malang ini dibunuh.

Andaian awal itu dibuat polis merujuk kepada penemuan mayat Resti Widia, 30, yang disumbat dalam sebuah almari pakaian di bilik sewa (indekos) mangsa di RT 07, Kelurahan Pakuan Baru, Kecamatan Jambi Selatan, Kota Jambi di Indonesia pada Rabu lalu.

Jurucakap pihak berkuasa, M Amin pada Jumaat mengesahkan tubuh mangsa ditemui dalam keadaan tangannya berikat ke belakang.
"Kami masih menyoal siasat beberapa saksi termasuk ahli keluarganya. Adakah perbuatan menunjukkan gaya hidup yang mewah jadi punca dia jadi sasaran pelaku," ujarnya.

Difahamkan, seramai 10 individu telah tampil untuk memberi keterangan.

"Kali terakhir Resti dilihat penghuni indekos adalah pada Selasa iaitu tiga hari lalu. Sepanjang tempoh itu, telefon bimbit miliknya turut dimatikan," katanya.

Menurutnya lagi, rakan mangsa kemudiannya berkunjung ke indekos tersebut setelah mangsa hilang tanpa khabar berita.

"Dia sempat memberitahu rakannya mahu pulang ke kampung halamannya di Subang, Jawa Barat. Rakannya berasa curiga setelah melihat pintu bilik itu terkunci dari luar selain terdapat kesan dicungkil," jelas Amin.

Difahamkan, pihak berkuasa masih melakukan siasatan secara terperinci setelah segala bukti di lokasi kejadian jelas menunjukkan berlaku pembunuhan.

Sumber: Sinar Harian

#Pembunuhan #Kemewahan #Resti Wedia
;