Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Wanita Tipu Majikan RM13 Juta Melalui E-mel Palsu, Tertekan Sampai Lumpuh

Maliah Surip 18/04/2024 | 05:55 MYT
Seorang pekerja wanita berjaya memperdaya majikannya hanya dengan menggunakan beberapa siri e-mel palsu berkaitan dengan nilai wang mencecah sehingga RM13 juta.
Penipuan tersebut berlaku selama 10 tahun, bermula Mei 2008 sebelum ianya terbongkar saudara mangsa menghidu perbuatan jahat tersebut dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Akibat daripada perbuatan jahat tersebut, CNA melaporkan wanita yang dikenali sebagai Lynne Charlotte James telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun oleh mahkamah di Singapura.
Menurut kronologi kes yang didedahkan di mahkamah, penipuan bermula apabila wanita tersebut diisytihar muflis dan mula mereka e-mel palsu dengan sangat teliti termasuk menggunakan cop dan semua prosedur berkaitan pihak berkuasa serta kerajaan Singapura.
Menerusi e-mel yang dikirim, Lynne mahu majikannya membayar sejumlah nilai dengan perjanjian bahawa semua wang yang telah dilaburkan akan dikembalikan setelah masalah selesai.
Namun sehingga 10 tahun, majikannya tetap diganggu dengan e-mel demi e-mel meminta wang dalam nilai jumlah berbeza.
Akibat tertekan, majikannya yang kini sudah berusia 70 tahun mengalami lumpuh.
Dia juga hampir bercerai, terpaksa menjual rumah serta menyewa kerana tertekan dengan ‘komitmen’ yang perlu dihadapi.
#Viral #wanita #Tipu #Lumpuh #Majikan #Tertekan #Emel Palsu
;