Hiburan
Wanna Ali Dedah Sikap Sebenar Alif Satar Ketika Di Set Pengambaran - “Sebenarnya Kalau Di Set Dia Suka….”
Pelakon, Wanna Ali mendedahkan sikap sebenar pelakon, Alif Satar ketika berada di set pengambaran.
Menurut Wanna, Alif sentiasa berkongsi mengenai ilmu agama bersama rakan-rakan artis sekiranya mempunyai masa yang terluang.
BERITA BERKAITAN: Diva AA Tidak Kisah Pakai Pakaian Wanita, Asalkan Bayaran Berbaloi - “Kalau Bayaran Itu Memuaskan, Saya Akan…”
BERITA BERKAITAN: Filem Khong Khaek Sukses, Naskhah Seram Bisikan Dosa Pula Buka Tirai 2025 - "Amalan Syirik Mandi Bunga Masih ..."
"Alif sebenarnya kalau di set dan ada waktu terluang, dia suka bercerita kisah agama. Kadang-kadang kita yang ada di set ternanti-nanti apa yang dia nak kongsikan.
"Macam saya sendiri pun ada masa suka tanya dia bab-bab agama yang mungkin kita kurang jelas dan dia sangat membantu.
"Saya memang selesa bekerjasama dengan Alif. Saya rasa rakan artis lain dan rakan produksi pun rasa perkara yang sama," katanya kepada Gempak.
Bukan sahaja berkongsi ilmu agama, anak kepada penerbit filem, Datin Normashayu Puteh juga mendedahkan bahawa Alif seorang yang tidak lokek ilmu malah rajin berkomunikasi bersama dengan semua yang berada di set.
Pada masa sama,Wanna atau nama lengkapnya Nor Syazwana Mohd Ali,27, meluahkan rasa selesa apabila dapat bekerja sekali bersama dengan pelakon yang popular dengan drama Dia Semanis Honey.
"Pada saya, Alif seorang pelakon yang sangat komited dalam kerjanya sehinggakan kita ada rasa nak jadi sepertinya.
“Selain itu, saya sangat selesa untuk bekerja dengan dia sebab dia seorang yang tidak kedekut ilmu. Tanyalah apa sekali pun, pasti dia akan jawab.
"Dalam lakonan juga, dia banyak membantu dan berkongsi ilmu dengan saya. Dia dah macam abang," katanya.
Must-Watch Video