Laman Utama
Wany Hasrita Empat Kali Pergi Studio Sebab Cinta Khayalan! – “Lagu Ni Paling Susah Nak Rakam…”
Penyanyi Wany Hasrita mengakui single terbarunya berjudul Cinta Khayalan merupakan lagu yang paling susah dan berat untuk dinyanyikan.
Menurut Wany, walaupun sudah merakamkan 18 buah lagu namun Cinta Khayalan memerlukan fokus yang lebih kepada vokal dan permainan emosi.
“Cinta Khayalan merupakan lagu yang paling berat dan susah untuk saya rakamkan, kerana lagu ini memerlukan emosi yang kuat selain perlu fokus pada vokal dan ini pertama kali saya merakamkan lagu yang memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.
“Empat kali saya ke studio rakaman bagi memastikan hasil lagu ini betul-betul mencapai tahap yang dikehendaki oleh penciptanya.
“Memang agak mencabar kerana lagu ini sebenarnya saya rakamkan ketika bulan Ramadhan tahun lalu. Namun saya sangat puas hati kerana pengorbanan saya berbaloi,” ujarmya.
Wany berkata, lagu berkenaan agak berat buat dirinya kerana mempunyai maksud yang mendalam, tetapi dia gembira kerana berjaya keluar dari zon selesa.
Ujarnya, kali pertama dia mendengarkan melodi Cinta Khayalan, dia sudah tertarik dan ‘jatuh cinta’ dengan lagu berkenaan.
“Jujur saya katakan yang saya ‘in love’ dengan lagu ini. Saya mohon agar peminat dengar lagu ini dan menjadi juri serta boleh beri komen tentang lagu dan cara nyanyian saya.
“Saya rela dikritik demi kebaikan kerjaya saya, tetapi kritik tentang lagu dan.bukan tentang kisah peribadi,” jelasnya.
Muzik video Cinta Khayalan sudah mula ditayangkan di saluran Youtube FMC Music serta ia boleh dimuat turun seluruh platform digital mulai 5 Februari pukul 8.00 malam.