Laman Utama

Wany & Wani Punya Kisah Tersendiri Di Sebalik Penghasilan Sang Purnama

Asraf Aided
24/01/2022
13:10 MYT
Sponsor Banner
Wany & Wani Punya Kisah Tersendiri Di Sebalik Penghasilan Sang Purnama
Kali kedua digabungkan di dalam lagu duet, penyanyi Wany Hasrita dan Wani Syaz tidak teragak untuk menjiwai sepenuh hati lagu terbaru mereka, Sang Purnama.
Menurut Wani Syaz, bait lirik lagu tersebut telah membuatkan dia menitiskan air mata ketika proses rakaman.
"Kalau hayati lirik lagu ni betul-betul memang boleh rasa sayu. Sebab lirik lagu ni menggambarkan tentang perasaan Siti Hawa sewaktu berpisah dengan Nabi Adam A.S .
"Ditambah pula waktu rakaman dijalankan menjelang ke tengah pagi, memang pakej la perasaan ketika itu. Saya tak tahan dan terus menangis," katanya.
Sementara itu, Wany Hasrita pula meluahkan rasa teruja apabila dapat memuaskan hati penulis dan pencipta lagu tersebut, Sang Hitam.
“Tentulah sebagai penyanyi saya mahu hasilkan karya yang bagus, saya hayati bait bait lirik dan melodi lagu ini beberapa hari sebelum tarikh rakaman.
"Saya juga buat beberapa rujukan dengan mendengar lagu-lagu kak Noraniza Idris dan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Selain itu saya juga mendengar lagu-lagu Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini. Saya cuba terapkan di dalam lenggok nyanyian saya.
"Memang susah tetapi sebagai anak seni saya kena rajin jika nak majukan diri. Ingatkan saya seorang saja yang buat macam itu. Rupanya Wani Syaz juga buat perkara sama. Kami memang mahu pastikan hasil karya kali ini menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan," katanya.
Video muzik Sang Purnama telah dilancarkan di YouTube FMC Music, manakala audio dilancarkan serentak mulai 21 Januari 2022 di seluruh saluran digital serta radio.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar