Laman Utama
Wardina Safiyyah Terima Menantu, Ramai Tak Percaya - "Macam Baru Tengok Dia Masih Kecil"
Bekas pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah bersyukur kerana selamat menerima menantu selepas anak sulungnya Amna Nafeesa diijabkabulkan.
Wardina memohon agar semua mendoakan kebahagiaan anaknya bersama menantu bernama Yusof.
"Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Seperti yang anda semua tahu, saya menghargai jika kehidupan peribadi saya disimpan sesuatu untuk diri saya sendiri kerana saya bukan lagi public sphere.
"Walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi berita baik dan memohon semua doa anda untuk Amna dan anak (menantu) Yusuf yang tersayang.
"Semoga Allah merahmati penyatuan mereka dan melindungi mereka. Saya benar-benar bersyukur kepada Allah dan segala kurniaanNya. Semuanya benar-benar dari Allah semata-mata," katanya.
Pelakon yang popular dengan sitkom Spanar Jaya suatu ketika dulu itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotp anaknya ketika majlis akad nikah dan dilihat anaknya memeluk suaminya.
Hantaran berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang gembira dan rasa bagai tak percaya anak perempuannya iyu sudhw mendirikan rumah tangga.
"Dah kahwin ke? Rasa macam baru gengok dia masih kecil...cepatnya masa berlalu..Tahniah!" komen seorang pengikutnya.
"Tahniah, kejap betul dah besar," ucap seorang warga maya.
"Tengok dia dari baby, tengok-tengok dah kahwin," kata seorang netizen.
Selain Amna, Wardina yang mendirikan rumah tangga dengan Ikhwan Johari pada tahun 2002, turut dikurniakan dua orang lagi anak iaitu Azra Sareera 17 tahun dan Imran Arrazi, 14 tahun.
Mereka sekeluarga kini menetap di Australia .