Laman Utama
Watak Ibu Zara Kejam, Tapi Kejelitaan Sofia Jane Buat Penonton Cair; “No Fancy Make Up, Jaga Pemakanan & No ...”
Menyebut nama Sofia Jane akan lekas terbayang di mata betapa sofistikated dan klasiknya aktres berkaliber ini.
Kejelitaannya dari muda sehingga kini sudah berusia 50 tahun tetap memukau.
Malah, meski watak antagonis Ibu Zara yang dimainkan dalam drama premium Astro Original, One Cent Thief dibenci, namun tidak dapat dinafikan banyak yang cair dengan pesona jelita yang masih ‘sarat’ pada wajahnya.
Mengaku kejelitaan atau cantik bukan sebuah ‘isu penting’ buat dirinya, namun beliau bersyukur kerana dianugerahi dengan ‘pakej’ sedemikian.
“Saya fikir ini (cantik), genetik. Macam adik saya umur 48 tahun tapi kelihatan seperti 30-an.
“Arwah ibu saya juga sewaktu beliau berusia 85 tahun, kulit arwah masih cantik. Jadi ia macam genetik. If you're lucky, you're lucky,” ujar Sofia merendah diri.
Sofia Jane tak makan nasi
Meski meletakkan genetik sebagai ‘alasan pertama’ kejelitaannya yang tidak pudar, aktres yang sentiasa mementingkan ilmu itu mengaku sebagai sebuah bentuk kesedaran untuk memastikan dirinya sentiasa sihat, beliau mengubah pola pemakanan.
“Sejak lebih enam tahun lalu saya ubah corak pemakanan. Tidak ada nasi, banyak makan makanan hijau,” katanya.
Sementara itu mengekalkan kulit yang sihat, Sofia menolak melakukan pembedahan. Beliau juga mendedahkan tidak memakai alat kosmetik yang terlalu mewah, dan sekali lagi ia berbalik kepada pemakanan serta gaya hidup yang diamalkan.
“Saya tidak menggunakan sesuatu yang fancy atau melakukan sesuatu yang fancy (buat muka) juga.
“Jika lihat dengan lebih dekat, wajah saya sudah mula ada kedutan, but i’m fine with that.
“Hanya untuk menjaga wajah, saya gunakan banyak benda berasaskan semulajadi,” tambahnya lagi.
Bagi Sofia sendiri, meski ramai yang kagum dengan kejelitaannya, ibu kepada tiga cahaya mata wanita ini menjelaskan cantik adalah sesuatu yang subjektif untuk dibicarakan.
Ibu Zara dominasi dunia lelaki!
Sementara itu, bercakap mengenai watak Ibu Zara; wanita yang ‘mengenggam’ kehidupan Iman Shah (Syafiq Kyle) dengan penuh sopan tetapi kejam, beliau mengatakan cukup gembira dengan keputusan mengambil bahagian dalam naskhah hebat ini.
Sebagai Ibu Zara, kata Sofia biarpun dilihat dirinya jijik, anak pelacur dan kini menjadi wanita kejam, namun sisi baik dan kepayahan masa silam wanita itu yang membuatkan beliau tertarik ikut ‘bermain’ dalam One Cent Thief.
“Pertama kali baca diskrispsi Ibu Zara, saya memahami dan tertarik tentang tentang proses seorang pelakon mendapatkan roh Ibu Zara, misalnya macam mana dia boleh mendominasi dunia lelaki.
“Saya sukakan proses kenapa Ibu Zara begini, dibesarkan dalam rumah pelacur, mungkin dijual semasa kecil, kita bercakap tentang pemerdagangan manusia juga sebenarnya, tentang sisi gelap dunia dan dari konteks kemanusiaan, ini yang menarik minat saya.
“Ada manusia yang melakukan hal hal seperti ini, jijik. Tapi manusia melakukan sesuatu untuk kelangsungan hidup. Kita tak tahu, apa lagi ia membabitkan duit. Inilah yang saya suka tentang Ibu Zara, proses siapa dia dahulu, sehingga dia menjadi Ibu Zara yang sekarang,” jelasnya.
Untuk itu jangan terlepas menyaksi kesudahan kekejaman Ibu Zara dan petualangan Iman dalam One Cent Thief pada episod akhir, Sabtu pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104).
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!