Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Watak Zharif Buat Shahiezy Sam Gementar - “Ini Skrip Pertama Yang Buat Saya Rasa Darah Tinggi”

Asyikin Mayudin 23/05/2024 | 04:55 MYT
Pelakon Shahiezy Sam mengakui dia pada mulanya berasa gementar untuk membawa sebagai Zharif dalam drama siri 40 episod bertajuk Takdir Itu Milik Aku.

Watak Zharif Jahat

Menurut Sam, dia tidak menjangka watak itu sangat jahat selepas membaca sinopsis dan jalan cerita yang diadaptasi dari novel penulis terkenal, Siti Rosmizah.

“Sejujurnya, sebab dia 40 episod. Awalnya, saya hanya baca sinopsis dan tanya jalan cerita. Bila dah sign kontrak, baca skrip dan saya jadi takut nak bawa watak Zharif.

“Sebab saya dah lama tak bawa watak jahat. Watak Zharif ni, awalnya kepada mereka yang bakal menonton, saya minta ampun sebab ini semua kerja. Zharif ni jahat Nauzubillah.

“Bila saya baca dan fikir alamak, watak ni. Saya pun tak sanggup tapi saya kena buat jadi saya gementar. Jadi saya doa… ‘Ya Allah ampunkan aku, saya hanaya buat kerja sahaja’,” katanya.

Cabaran Skrip & Watak

Dalam pada itu, Sam mengakui dia berdepan dengan cabaran dari segi skrip yang membuatkan dia berasa tekanan buat kali pertama.

“Kita bercakap tentang skrip dahulu, Skrip pun sudah mencabar. Dengan naskhah sahaja saya rasa sangat mencabar. Kali pertama saya buat karya Siti Rosmizah, saya baru tahu penulisan ini macam novel.

BERITA TRENDING: Shaheizy Sam Tak Suka Watak Zarif Dalam ‘Takdir Itu Milik Aku’ - “Saya Tak Bagi Anak-Anak Tengok, Takut Nanti Mereka…”

“Dialog jenis panjang-panjang dan Kak Siti adalah seorang yang sangat menilaikan penulisannya. Jadi kita perlu hormat. Itu pun sahaja sudah jadi cabaran ba gi saya.

“Saya sudah berlakon 30 tahun, belum pernah satu skrip pun berjaya buat saya stres. Ini skrip pertama yang buat saya rasa darah tinggi. Saya tak nafikan, jalan cerita dan iedologi naskhah ini, satu Malaysia akan suka.

“Tentang watak pula, Zharif ini bermuka-muka. Untuk memilih muka itu dan ini, switch, itu cabaran untuk bawa watak ini,” ujarnya.

Gandingan Pertama

Sementara itu, Sam menyedari pelakon gandingannya iaitu Emma Maembong sangat bagus dalam lakonan biarpun sebelum ini tidak pernah melihat hasil kerja aktres itu.

“Gandingan dengan Emma, saya tidak pernah kerjasama dengan dia dan terus terang sejujurnya saya tak sempat tengok drama atau filem, jadi saya kenal Emma tapi tak dapat tonton betul-betul kerja dia.

“Tak dapat tahu kerja dia. Bila kerjasama kali pertama, baru realise… baguslah. Selalu orang kata nama popular ini belakon ala kadar tapi Emma ni popular dan berlakon bagus.

“Emma senang dan faham apa yang dia nak buat. Tidak diva. Dia boleh berbincang dan kita boleh tukar pendapat. Kerja mudah. Emma Maembong bagus dan mudah bekerjasama,” katanya lagi.

Sinopsis

Dian yang masih ragu-ragu sama ada dia patut menerima Zarif kembali atau pun tidak. Dian masih takut jika Zarif akan berubah seperti dahulu yang dahulunya membuatkan hiduonya merana. Azura pula yang masih dengki dan mahukan hidup Zarif dan Dian tidak bahagia.

Minggu akhir adalah minggu penentuan adakah akhirnya Dian akan bersatu kembali dengan Zarif setelah Zarif bertungkus lumus minta peluang kedua kepadanya dan adakah Azura akan terus menjadi penghalang kepada kebahagiaan Dian & Zarif?

#Emma Maembong #Shahiezy Sam #Takdir Itu Milik Aku
;