Laman Utama
The Weeknd Akhirnya Tak Mahu Ambil Peduli Tentang Anugerah Grammy
Seperti diketahui peminat, penyanyi popular Hollywood, The Weeknd tidak tercalon dalam Anugerah Grammy ke-63 tahun ini.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, The Weeknd tidak menolak andaian jika ada yang mengatakan pengendalian anugerah berprestij itu mempunyai unsur perkauman atau rasis.
Malah, penyanyi lagu Blinding Lights ini juga menegaskan bahawa hanya ada 10 penyanyi berkulit gelap yang memenangi kategori Album of the Year sepanjang lebih 60 tahun anugerah itu diadakan.
"Saya tak mahu cakap tentang saya, tapi perkara itu adalah satu kenyataan," katanya dalam sebuah temu bual bersama Billboard.
Dalam pada itu, The Weeknd juga tidak mahu lagi mengambil tahu tentang anugerah tersebut.
"Secara peribadinya, saya sudah tak kisah lagi, saya memiliki tiga trofi Grammy tetapi ia sudah tidak bermakna lagi untuk saya sekarang," katanya.
Terdahulu, Billie Eilish melakar kejayaan besar dalam Anugerah Grammy ke-62 pada Januari 2020 dengan memenangi lima kategori.
Kejayaan itu diraih menerusi album sulungnya, When We Fall Asleep, Where Do We Go? yang mula dipasarkan sejak 2019.
Sumber : Celebrity Insider
Kredit Foto : Billboard