Laman Utama
The Weeknd Derma RM117 Juta Untuk Gaza
Penyanyi The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye, 33, menyalurkan derma RM11.7 juta daripada organisasi miliknya XO Humanitarian Fund untuk tujuan kemanusiaan di Gaza.
BERITA TRENDING: Tidak Takut Diboikot, Lee Young Ae Derma RM200,000 Pada Palestin
Hal itu dimaklumkan Program Makanan Dunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di mana dana terbabit akan digunakan untuk bekalan kecemasan makanan.
Ia mampu membantu lebih 173,000 warga Palestin untuk tempoh dua minggu.
Pengarah WFP Timur Tengah, Afrika Utara dan Rantau Eropah Timur, Corinne Fleischer berkata bantuan secepatnya itu sangat diperlukan kala ini di Gaza.
"Konflik ini mencetuskan malapetaka kemanusiaan yang di luar jangkaan. WFP bekerja sepanjang masa untuk memberikan bantuan di Gaza tetapi skala besar diperlukan untuk menangani tahap kelaparan terdesak seperti kita lihat," kata kenyataan itu.
PILIHAN PEMBACA: "Turut Bersedih Apa Berlaku Di Gaza" - Ifa Raziah Anjur Himpunan Kemanusiaan Palestin
Krisis itu berpunca daripada pengeboman berterusan tentera Israel yang menyerang balas kumpulan militan Hamas.
"Pasukan kami perlukan keselamatan dan akses kemanusiaan yang berterusan, serta sokongan tidak putus daripada penderma demi mencapai lebih ramai mangsa semampunya.
"Kami berterima kasih kepada Abel untuk sumbang sangat bermakna buat rakyat Palestin. Kami berharap Abel menjadi contoh kepada yang lain untuk menyokong usaha kami," katanya lagi.
Tesfaye dilantik sebagai Duta Muhibah WFP sejak Oktober 2021 dan berterusan menyokong pelbagai misi murni persatuan itu.
Sumber: Agensi