• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Alami Jangkitan Luka Di C-Section, Elisya Sandha Akui Tertekan Ketika Berpantang - “Sedih...Tak Boleh Duduk, Baring”
HIBURAN
Derita Emosi Lepas Cerai, Siti Jamumall Terpaksa Tipu Anak - “Dia Baru 6 Tahun, Kadang Pergi Sekolah Cikgu Tanya…”
VIRAL
Pemakaian Ketika Sertai Hyrox Dikecam, Isteri Dr Say Shazril Enggan Berbalah Isu Aurat - “Saya Tak Perlu Manusia Label Siapa…”
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Wisma Jakel Terbakar Kali Kedua

Awani
Awani
03/01/2023
01:20 MYT
Sponsor Banner
Wisma Jakel Terbakar Kali Kedua
Gedung perniagaan tekstil Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7, Shah Alam terbakar lagi dalam kejadian awal pagi ini.
Kebakaran di bangunan Wisma Jakel itu melibatkan satu bilik simpanan kain langsir berkeluasan 30x40 kaki persegi di tingkat tiga.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 12.40 tengah malam tadi.
Seramai 43 pegawai dan anggota dari enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) digerakkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.
Api berjaya dikawal daripada merebak pada jam 1.45 pagi sebelum kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.07 pagi.
Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.
Menurut Norazam, kerja-kerja 'overhaul' turut dilakukan pihaknya untuk memastikan api padam sepenuhnya.
Pada Ahad, premis sama dilaporkan terbakar 80 peratus, dipercayai akibat litar pintas, memusnahkan bahagian dalam bangunan.
Semalam, susulan pelbagai spekulasi yang timbul, polis menasihatkan orang ramai agar menghormati pihak yang mengalami kerugian serta yang hilang sumber pendapatan dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati.
Sumber: AWANI
Related Topics
#Viral
#Shah Alam
#Terbakar
#Jakel
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement