Laman Utama
Wow! Artis-Artis Antarabangsa Ini Rupanya Pernah Mendapatkan Pendidikan Di Malaysia! No. 3 Paling Tak Sangka
Kita selalu mendengar dan menyaksikan artis-artis dari luar negara pindah ke Malaysia bagi mencari rezeki di sini. Namun, tahukah anda Malaysia juga menjadi tempat pembelajaran bagi beberapa selebriti antarabangsa?
Jom semak!
Afgan
Penyanyi, Indonesia
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara merdu, Afgansyah Reza, atau lebih mesra disapa Afgan. Memulakan karier sebagai penyanyi menerusi penerbitan album Confession No. 1 pada 2008, nama Afgan terus meroket naik dan cukup sinonim dengan karya-karya berbentuk balada cinta. Afgan bagaimanapun tidak pernah melupakan bidang pelajaran dan memperolehi ijazah dalam bidang ekonomi dari MONASH University, Malaysia.
Acha Septriasa
Pelakon & penyanyi, Indonesia
Nama Acha Septriasa mula meniti di bibir peminat selepas dia membintangi filem pecah panggung, Heart pada 2006. Selain berlakon, Acha juga diberi peluang untuk menyanyikan lagu-lagu runut bunyi daripada filem berkenaan. Antara lagu yang popular termasuklah My Heart dan Sampai Menutup Mata. Acha kemudian melanjutkan pelajaran di Lim Kok Wing University dalam bidang produksi filem pada 2007 dan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta bagi memenuhi jadual penggambaran.
Han Jisung Stray Kids
Idol K-Pop, Korea Selatan
Han Jisung merupakan salah seorang ahli daripada kumpulan K-Pop popular, Stray Kids. Menetap di Malaysia selama enam tahun, Han Jisung yang pada itu berusia 8-9 tahun pernah mendapatkan pendidikan di Sekolah Antarabangsa Fairview di Ampang, Selangor. Karier Han Jisung bersama Stray Kids kini diuruskan oleh JYP Entertainment, salah sebuah agensi hiburan terbesar di Korea Selatan.
Seo Kang Joon
Pelakon, Korea Selatan
Siapa sangka, pelakon Seo Kang Joon yang popular menerusi drama seperti Cheese In the Trap, Are You Human? dan Entourage ini pernah menetap dan mendapatkan pendidikan di Malaysia. Sungguhpun tidak mendedahkan lokasi tempatnya menuntut ilmu, namun, Seo Kang Joon menetap di Malaysia selama setahun tujuh bulan.
Raline Shah
Pelakon, Indonesia
Umum mengetahui ramai yang meminati pelakon cantik Raline Shah. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Raline pernah tinggal di Malaysia selama beberapa tahun dan mendapat pendidikan secara formal di sini. Pelakon Surga Yang Tak Dirindukan ini pernah menetap di Johor Bahru dan mendapatkan pendidikan di Kolej Tuanku Ja’afar di Negeri Sembilan dan melanjutkan pelajaran di National University of Singapore.