Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Advertorial

Wow! Canggih Betul Cawangan Terbaru Tesco di Wangsa Maju Ni...

Fiza Kamarudin 30/10/2019 | 03:43 MYT
Selepas 17 tahun beroperasi, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan cawangan ke-60, Tesco Wangsa Walk.
Menariknya Tesco Wangsa Walk adalah cawangan pertama berukuran 2,000 meter persegi berbanding 3,000 meter persegi seperti kebiasaannya.
Tapi, jangan terkejut tau…Walaupun “Superstore” ini lebih kecil, sebenarnya banyak kelebihan lain yang boleh diperolehi pelanggan di Tesco Wangsa Walk.
Selain mengekalkan harga beberapa bahan mentah seperti udang dana yam, Tesco Wangsa Walk adalah cawangan pertama Tesco yang mengunakan kedua-dua aplikasi Scan & Shop dan juga menawarkan Kaunter Khidmat Sendiri Tanpa Tunai sepenuhnya.
Selain pembayaran debit dan kad kredit, kaunter ini juga menerima tujuh e-wallet berbeza iaitu AliPay, Boost, GoodKredit, Kiple, Mcash, TnG Digital dan Vcash.
Aplikasi Scan & App membolehkan pelanggan mengimbas barangan membeli-belah mereka sendiri semasa mereka membeli-belah di cawangan Tesco.
Melalui aplikasi itu, mereka juga boleh menjejaki jumlah membeli-belah dalam bakul yang akan membantu dalam menguruskan belanjawan mereka.
Sebaik sahaja selesai, mereka boleh terus ke kaunter Kaunter Khidmat Sendiri Tanpa Tunai, sediakan kod bar dan bayar.
Perkhidmatan Scan & Shop boleh didapati di Tesco Kepong, Tesco Extra Ampang dan kini Tesco Wangsa Walk, dengan lebih banyak akan dilancarkan tidak lama lagi.
Tesco Wangsa Walk juga 100 peratus dikendalikan oleh rakyat Malaysia yang menggariskan komitmen Tesco dalam mewujudkan pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
Tesco Wangsa Walk kini akan menyertai rangkaian 59 cawangan Tesco lain, yang sejak 2016 menyumbangkan lebihan makanan tidak terjual tetapi masih boleh dimakan kepada Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen.
Melalui kerjasama yang berterusan dengan kedua-dua organisasi ini, Tesco bukan sahaja berjaya mengurangkan sisa makanan dari operasinya, tetapi juga dapat mendermakan 4.8 juta hidangan makanan yang terbuat dari makanan yang tidak terjual tetapi boleh dimakan kepada golongan yang kurang bernasib sejak 2016.
;