Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Wow, Cantiknya! Sangkakan Di Texas, Tengoklah Baby Shower Dayah Bakar Berlatarkan Jerami Padi

ZULHILMI JALIL 11/08/2020 | 06:41 MYT
Personaliti televisyen, Dayah Bakar berkongsi beberapa keping foto yang mencuri tumpuan netizen ketika diraikan ahli keluarganya sebelum menyambut kelahiran anak sulungnya tidak lama lagi.
Menariknya, gambar-gambar yang dimuat naik Dayah itu memaparkan latar belakang persis pemandangan seperti di Texas, Amerika Syarikat.
Namun, jangan salah anggap, kesemua momen menarik yang dikongsikan Dayah itu hanyalah dirakamkan di Sekinchan, Selangor.
Menurut Dayah, kejutan itu dibuat abangnya yang mahu membawanya menikmati suasana di Sekinchan, Selangor.
Katanya, itulah momen pertama kali dia dapat berjalan-jalan sejak berbadan dua.
"Getaway yang cukup bermakna buat saya dan bayi. Saya rasa inilah trip jalan-jalan yang saya pernah ikuti sejak mengandung. Selain daripada itu, memang kerja atau duduk di rumah sahaja.
"Sejujurnya, saya tak jangka inilah setup dan pemandangan yang akan saya nikmati. Abang saya kata siap-siap sahaja pagi-pagi. Pukul 5.30 pagi dia datang. Saya menghargai usaha, masa dan kasih sayang yang kalian berikan kepada saya, syukur Alhamdulillah," kongsinya menerusi satu posting di Instagram.
Dalam posting tersebut, Dayah yang mengenakan selempang 'Mom To Be' itu menikmati hidangan makan secara santai berlatar belakangkan jerami padi.

Meaningful getaway for me and little bb ? I think the is the ONLY jalan2 trip I had since I’m pregnant . Besides that, memang work/stay-at-home . I honestly didnt expect this is the setup and view that I will be enjoying. My brother kata siap je pagi2, 5.30am dia datang. I appreciate the effort, time and ❤️ you guys showered me with . Syukur alhamdulillah . P/s : Dayah tau mesti tanya dekat mana ni kan ? Okaylah untuk jawab soalan semua, you guys can check out @ninjaprivatekitchen , and thanks @zungninjaphotographer for taking most of our photos . Till next time ! Lokasi : Sekinchan , bukan Texas #miniDayaHanif #breakfastbabyshower

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar) on

Rata-rata pengikutnya cukup teruja melihat gambar-gambar yang dikongsikan Dayah itu sehingga ada yang menyangkakan seperti di luar negara.
"Saya tahu mesti tanya dekat mana ni kan? Lokasi Sekichan, bukan Texas," jelas Dayah.
Bagaimanapun, momen istimewa Dayah yang dijangka bersalin pada bulan ini itu dirakam tanpa kehadiran suaminya di sisi.

Blue sky and a touch of tangerine dress . Tiktoktiktoktiktok ⏳ Honestly, I’m keeping myself busy , and do everything that I can while waiting for my little bb. Tak boleh nak duduk diam, sebab bila duduk diam, maka fikiran pun melayang ? So guys, choose picture 1/2/3 and sila cipta satu caption/ script yang sesuai dengan gambar pilihan hati okay ! ? Dress : @poplook #miniDayahHanif #countingdays #poplookmy #poplookootd

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar) on

Sebelum ini, Dayah memaklumkan bahawa dia terpaksa berjauhan dengan suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang kini bertugas di Australia.
BACA: Tujuh Bulan Dayah Bakar Tak Jumpa Suami
Sejak akhir-akhir ini, Sekinchan menjadi tumpuan golongan selebriti untuk menikmati hidangan di tempat terbuka berlatar belakangkan pemandangan sawah padi.
BACA: Sekinchan Port Lepak Baru Selebriti & Sosialis, Siap Boleh Makan Tepi Sawah Padi Lagi!
#Baby Shower #Dayah Bakar #Sekinchan
;