Gaya Hidup

Wow! Kate Middleton Kagumi Ciptaan Datuk Bernard Chandran

Amri Hassan
22/02/2018
06:00 MYT
Sponsor Banner
Wow! Kate Middleton Kagumi Ciptaan Datuk Bernard Chandran
Pereka fesyen terkenal, Datuk Bernard Chandran berpeluang untuk memperagakan koleksi terbaharu di hadapan Duchess Of Cambridge, Kate Middleton pada Isnin lalu.
Bernard satu-satunya wakil pereka fesyen tempatan yang diundang untuk menghadiri Commonwealth Fashion Exchange di Istana Buckingham, London.
Dalam acara tersebut, Bernard memuat naik beberapa keping foto Kate mengagumi koleksi yang dihasilkan oleh pereka fesyen itu.
"Beliau ingin tahu lebih lanjut," tulis Bernard dalam kapsyen foto terbaharunya.
Dalam foto tersebut, Kate dilihat sedang menyentuh persalinan yang dipersembahkan Bernard sambil diberikan penerangan.
A post shared by Bernard Chandran (@bernardchandran) on
Pencapaian Bernard mendapat pujian daripada peminatnya dan menjadikan pereka fesyen itu inspirasi untuk terus berjaya.
"Bila agaknya kita boleh bekerja bersama-sama?" soal rocker terkenal, Amy Search.
"Hebat!" puji Ras Adiba Radzi.
"Wow! Belum pernah ada pereka fesyen Malaysia yang mendapat jemputan tersebut," tulis @ds.rosz.
"Ambil peluang ini untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Tahniah," tambah @hjt8601.
Acara itu disertai oleh 30 wakil daripada 52 negara antaranya Kanada, Australia, New Zealand, India, Britain, Rwanda dan Trinidad & Tobago.
Malah, ia turut dihadiri oleh pereka fesyen ternama Stella McCartney, supermodel Naomi Campbell dan editor Vogue Amerika Syarikat, Anna Wintour.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @bernardchandran
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar