Hiburan
"Wrong Place, Right Time" - Gambar Alif Satar 'Photobomb' Perokok Merokok Di Kawasan Larangan Viral!
Baru-baru ini, sekeping foto mengenai seorang perokok yang sedang merokok di kawasan larangan tular di laman Twitter.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah kelibat selebriti serba boleh, Alif Satar yang sedang berborak menerusi telefon pintarnya.
Menjengah maklum balas orang ramai di laman Twitter, rata-rata pengikut bergurau dengan menyatakan Alif sedang membuat laporan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Champion. Smoke under the non-smoking signLocation: Publika, 4:06pm, 2/11/2019@KKMPutrajaya pic.twitter.com/DJI1ZacrJf— Mi$¢ha $elamat #REVOLUSIS #AkakCheongsam (@Michellelanious) November 2, 2019
"@muzxmml: Alif dah siap report KKM."
"@defaf_z: All I saw at first is Alif Satar."
"@yours_tfu: Dia tengah call KKM."
Alif turut memuat naik gambar tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
"Seriously guys why is it always me? P/s #IDidntTakeThisPhoto," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut terhibur melihat 'photobomb' yang dilakukan secara tidak sengaja.
Terdahulu, wajah Alif kerap menghiasi kaca TV sewaktu siaran langsung solat Jumaat di Masjid Wilayah.
Must-Watch Video