Hiburan
X-Change: Cinta Tak Kenal Warna Kulit, Ini 5 Pasangan Berlainan Bangsa Yang Popular Di Malaysia
Drama terbaharu Astro Originals X-Change yang diterbitkan baru-baru ini mengentengahkan satu kelainan di mana ia memaparkan jalinan cinta berlainan bangsa iaitu watak Khalif (Arfie Shah) dan Lilian (Joey Leong).
BERITA TRENDING:X- Change: Baru Tayang Episod Ketiga, Ramai Tak Senang Duduk Nak Tengok Sambungan X-Change
BERITA TRENDING:X-Change: Tampilkan Kisah Adik-Beradik Pelbagai Ragam, Ini Fakta Menarik Tentang Anak Pertama Hingga Ketiga
BERITA TRENDING:X-Change: "Setiap Manusia Ada Tanggungjawab" - Rosyam Nor Akui Watak Yakob Dalam X-Change Sarat Nilai Kekeluargaan
BERITA TRENDING:X-Change: Ikut Plot & Karakter, Hariz Hamdan Akan Terus Lakonkan Babak ‘Daring’
Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai pancaroba dalam episod cinta mereka, ketabahan kedua-dua karakter tersebut demi meneruskan perhubungan menjadi salah satu fokus utama penonton.
Sama seperti dalam drama X-Change, berikut merupakan lima pasangan berlainan bangsa yang popular yang menjadi perhatian ramai pihak.
Mat Dan & Isteri
Pempengaruh dari England yang pernah popular disebabkan fasih bertutur dalam Bahasa Melayu loghat Terengganu telah mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis Melayu tempatan pada tahun 2017.
Perkahwinan Mat Dan atau pemilik nama sebenar Kareef Daniel Abdullah bersama isteri telah berlangsung di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.
Lana Nordin & David McKienzie
Perkahwinan pelakon tanah air Lana Nordin dan pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS) David McKienzie telah berlangsung pada 15 Mei 2015.
Menyentuh tentang didikan agama kepada suami, Lana akui bukanlah satu perkara mudah untuk dirinya membimbing suami. Namun dia bersyukur kerana suami sudah ada asas dalam agama Islam sebelum berkahwin dengan dirinya.
Ning Baizura & Omar Sharif
Penyanyi terkenal tanah air Ning Baizura telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bangsa asing iaitu Omar Sharif Christopher Layton Dalton pada 31 Januari 2008.
Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata, Ryan Sky Dalton setelah 16 tahun berkongsi hidup bersama.
Raja Ilya & Trent Garnett
Pasangan ini dikhabarkan berkahwin di Perth, Australia secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 23 Disember 2018.
Ketika awal perkahwinan, pelbagai kontroversi yang timbul disebabkan cara mereka berkahwin dikatakan tidak mengikut cara islam dan lebih ke arah barat, namun Raja Ilya telah menjelaskan bahawa beliau sudah bernikah mengikut cara islam dua hari sebelum majlis resepsi gaya barat itu diadakan.
Suaminya yang juga bekas model dan memiliki perniagaan hartanah di Australia, dikatakan sangat meminati masakan india, lebih-lebih lagi kari.
Nourul Depp & Eric Daniel Depp
Penyanyi Nourul Depp tidak melihat kelainan budaya antara beliau dengan bakal suami iaitu Eric sebagai satu halangan untuk mereka mengecapi bahagia.
Eric dikhabarkan telah memeluk Islam sejak 13 Februari 2012 dan telah bernikah bersama Nourul pada 6 Jun 2012 dengan sekali lafaz di Duchess Place, Ampang.