Viral

"X-Ray Boleh Check Orang Hilang Ingatan?" - Pakar Perubatan Jawab Dialog Klip Drama Viral

Amri Hassan
22/05/2018
02:03 MYT
Sponsor Banner
"X-Ray Boleh Check Orang Hilang Ingatan?" - Pakar Perubatan Jawab Dialog Klip Drama Viral
Tular sepotong video daripada potongan babak sebuah drama bersiri mengenai pemeriksaan x-ray bagi untuk mengesahkan punca hilang ingatan.
Menerusi klip yang tular di media sosial, netizen mula mempertikaikan kesahihan dan hubungkait pemeriksaan x-ray dan penyakit dementia (hilang ingatan).
Malah, ada juga yang mengecam penulisan skrip drama berkenaan yang disifatkan kurang rujukan.
"Penat belajar 3 tahun tambah pengalaman kerja 2 tahun, baru hari ni aku tahu yang x-ray boleh check orang hilang ingatan," tulis pengguna akaun Twitter, @nuraqidahajeera. Dalam babak tersebut, seorang lelaki berpakaian lengkap bertugas sebagai pegawai perubatan menunjukkan hasil imbasan x-ray kepada dua watak lain lakonan Zara Zya dan Hafreez Adam sambil memberikan penerangan tentang penyakit yang dihidapi.
Bagaimanapun, persoalan tentang hubungkait x-ray dan dementia dijawab oleh seorang pakar perubatan popular, Dr. Beni Rusani.
"Jangan gelak tak baik... Kurang pala puasa. Ok serius.
"X-ray tak boleh mengesahkan someone has memory loss. Nak tengok retak tengkorak boleh ler.
"Kalau nak screen dementia pun kena pakai 'mini mental state examination'," tulisnya menjawab persoalan netizen.
Dr. Beni merupakan salah seorang pakar jantung di Institut Jantung Negara (IJN) yang kini bertugas di National Heart Centre, Singapura.
Dr. Beni juga antara pakar yang dijemput ke rancangan My Doctor untuk membicarakan topik berkenaan masalah dan isu kesihatan semasa.
My Doctors dihoskan oleh Dr. Liyana Dhamirah bersiaran setiap hari Isnin pukul 11 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: Twitter, Carian Google
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024