Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

"Ya Itu Betul, Bukan Drama" - Ibu Sahkan Siti Jamumall Kahwini Aiman Tak Kisah

Amri Hassan 12/06/2024 | 02:55 MYT
Ibu kepada pempengaruh media sosial Siti Jamumall, Norizan Jaafar mengesahkan anak perempuannya telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Aiman di Satun, Thailand.
Menerusi hantaran video di TikTok, Norizan memaklumkan kekecohan yang berlaku sejak semalam itu bukan rekaan.
"Saya ke lapangan terbang hari ini hantar Siti. Dia nak ke Dubai ambil anugerah dan nak kembangkan perniagaannya di sana. undefined
Terdahulu, Siti atau nama lengkapnya nama Siti Suriani Wahiddin yang sepatutnya bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.
Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.
Sekadar info, Siti pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2

BERITA TRENDING: [VIDEO] Netizen Dakwa Siti Jamumall Propa Sakit, Siap 'Ditidurkan' & Dibedah - "Sakit Bukan Boleh Buat Main"

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Beli Kondo Mewah RM1 Juta, Berbaloi Korban Demi Abang OKU - "Saya Tak Ambil SPM, Tapi Sambung Belajar Bisnes"

#Kahwin #Viral #Ibu #Siti Jamumall #Aiman Tak Kisah #Norizan Jaafar
;