Yana Samsudin Selamat Bersalin, Terharu Suami Buat Kejutan - “Dia Nak Saya Berehat, Tak Terfikir Akan Berpantang Di…”
Pelakon, Yana Samsudin menzahirkan rasa syukur selamat melahirkan anak ketiga walaupun berdepan dengan fasa hormon tidak stabil dan darah tinggi sebelum ini.
Yana memaklumkan berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Berkongsi mengenai pengalaman bersalin anak ketiga, Yana memaklumkan keadaan tekanan darahnya juga masih tidak stabil walaupun selepas empat hari berada di hospital.
“Alhamdulillah syukur akhirnya baby boy selamat dilahirkan, selepas hormon dah kacau bilau sebelum nih. Allahu…
“Selepas empat hari dekat hospital itu hari BP masih tak stabil dari 140 sampai ke 170. Suami buat keputusan nak minta keluar juga dari hospital lepas bersalin walau BP tinggi.
“Semua group kerja, perniagaab dan belajar, suami dah archive dan mute notification, tak nak Yana tengok.
“Suami nak Yana betul betul berehat. Alhamdulillah hari ke 5 doktor bagi keluar dari hospital,” kongsinya.
Dalam pada itu, Yana juga akui berasa terharu apabila suaminya, Fadzil Zahari membuat kejutan dengan membawakan ke satu pusat penjagaan bagi ibu bersalin.
“Masa masuk dalam kereta, Yana cakap baju baby tak beli lagi, baru ada dua set. Itu pun mana yang sempat dia lari beli masa lepas bersalin, dekat kedai baby bersekitaran hospital.
“Yana pun baru teringat nak beli pad dan kelengkapan ibu bersalin semua. Dia cakap tak payah beli semua tu. Aik? Pelik kita.
“Rupanya suami buat surprise! Dia bawa Yana ke KLC Post Natal Care. Tak terfikir Yana akan berpantang di sini.
“Sebab dekat rumah dia dah siap buat bilik dan beli katil baru untuk berpantang di tingkat bawah. Tak bagi naik tangga berpantang di tingkat atas. Susah nak monitor katanya.
“Apa alasan Fadzil Zahari hantar kat sini, sebab dia nak ubah enviroment Yana dari view hospital, nak Yana selesa macam lepak rumah santai tengok movie je.
“Ada nurse jaga 24 jam untuk mommy dan baby. Makan pakai semua dah sedia. Tak payah fikir apa-apa.
“Terharu lagi, syukur sangat saya rasa. Ya Allah. Kita senyum je sepanjang perjalanan nak sampai ke confinement centre.
“Tak dapat bayang kan macam mana nanti sebab suami kata datang je sehelai sepinggang. Terima Kasih #EnKetuaRumah. Ingatkan dah kurang sayang i dah.
“Suami cakap duduk je KLC ni rehat, tak sangka dari BP 140 lebih kena makan ubat darah tinggi boleh improve ke normal, syukur sangat, rezeki dari Allah,” kongsinya.
Sebelum ini, Yana terpaksa dikejarkan ke hospital dan disahkan menghidap praeklampsia penyakit darah tinggi buat ibu hamil.
Berkongsi punca diserang penyakit itu, Yana berkata ia bermula selepas dua anaknya iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea berkelakuan terlalu aktif sehingga menyebabkan dia tertekan.
Untuk info, Yana dan Fadzil berkahwin pada 13 Februari 2015 dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen, 8, dan Aura Aisy Sofea, 4.