Laman Utama
“Yang Best Bangun Pagi Ada Orang Kemaskan Katil”- Janna Nick Seronok Dibahagiakan Dini Schatzman
Pelakon Janna Nick akui bahagia menjalani kehidupan berkahwin selama lebih 10 hari dengan jejaka pilihannya, Dini Schatzman, 29.
Kata Janna atau nama lengkapnya, Nurul Jannah Muner, 28, kepada Gempak, kehidupannya sedikit berubah selepas bersama dengan Dini seorang suami yang sangat pembersih dan rajin melakukan kerja rumah.
“Alhamdulilah seronok lepas berkahwin ni kita tahu setiap kali balik kerja walaupun dalam keadaan ‘stres’ tapi kita tahu mesti ada orang di rumah yang akan bersama kita.
“Apa yang best bila bangun tidur ada orang kemas katil… tu paling seronok bagi saya.
“Sebelum berkahwin saya tahu dia seorang pembersih dan rajin tetapi bila tinggal sekali ya memang terbukti dia memang seorang lelaki begitu.
“Kalau dulu balik kerja akan terus baring atas katil saja tapi dengan Dini dia akan jerit suruh saya mandi dahulu,” kongsinya.
Janna ditemui bersama Dini selepas siaran langsung program MeleTop di studio 1 Astro Buktik Jalil, semalam.
Sementara itu, Dini juga sempat berkongsi kehidupannya bersama wanita yang disayangi sejak empat tahun lalu.
“Mestilah seronok sebab kita ada teman tak kira nak tidur bersama dia, bangun pagi pun bersama dia. Apa yang penting boleh buat semua perkara bersama lah.
“Saya juga dapat merasa masakan pertama Janna selepas berkahwin ini iaitu mee sanggul. Sangat sedap.
“Selepas berkahwin ini tak banyak perkara yang berbeza tentang Janna sebab dia seorang yang pandai berkomunikasi. Dia tidak pernah sorok akan sikap dan dirinya dari awal perkenalan sehingga kini, jadi mudah,” ujarnya.
Pada 10 Jun lalu, Janna dan suami iaitu Dini atau Dini Azan Schatzmann disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid A'isyah Sungai Menghulu, Pulau Langkawi. Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Janna iaitu Muner Abdullah dengan bersaksikan pengerusi masjid berkenaan, Othman Yahya.