Hiburan
"Yang Penting Bukan Datuk Beli" - Dira Abu Zahar Dapat Pangkat Datuk Dari Melaka
Pelakon Dira Abu Zahar dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.
Perkara itu dikongsikan menerusi beberapa akaun Instagram keluarga rapat dan kenalan baik Dira yang turut mengucapkan tahniah atas pengurniaan darjat itu.
"Congrats to my dearly little sister for the title. The first adik-beradik aku dapat title Datuk.
“Kau memang padulah @diraabuzahar. Dan paling penting anugerah sejati bukan Datuk beli, yeah," tulis abang Dira, Eddie Iskandar baru-baru ini.
Selain itu, jurusolek terkenal Jiji Zainal dan pereka fesyen Hatta Dolmat turut meninggalkan ucapan di akaun Instagram masing-masing.
"Tahniah Datuk @diraabuzahar moga terus berbakti pada rakyat Negeri Melaka," tulis Hatta.
"Pagi ni ditugaskan untuk menatarias kesayangan saya Khaidira Datuk Seri Abu Zahar sempena istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka 2020.
"Tahniah @diraabuzahar di atas gelaran Datuk (D.P.S.M). Kami semua turut berbangga diatas pencapaian Datuk Dira terhadap perhidmatan dan jasa kepada negeri Melaka.
"Oleh yang demikian, glam squad harini diterbangkan khas dari KL ke negeri Melaka," tulis Jijie.