Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Yang Period, Kau Tak Malu Ke Darah Buang Merata” - Zarina Zainuddin Mohon Jangan Kotorkan Tandas Awam

Mya Amri 09/12/2021 | 05:34 MYT

Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan kekesalannya terhadap sikap segelintir masyarakat yang kurang peka dengan kebersihan tandas awam.

Malah luah Zarina, disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka ini jugalah telah menyusahkan orang lain yang ingin menggunakan kemudahan awam tersebut.

“Siapa masuk tandas awam harap cuci, pam, jirus lah, kau dah kencing berak, lagi-lagi yang period. Kau tak malu ke darah-darah kau buang merata.

“Walaupun tandas awam tu orang perempuan je masuk tapi kau tu, jagalah jangan jadi pengotorlah. Masuk je tandas tengok kencing kuning-kuning tak pam. Eee kau ni jenis perempuan apa ya,” luahnya.

Menerusi hantaran yang sama, Zarina juga memberikan nasihat dan etika penggunaan tandas awam.

“Kalau masuk tandas cuci dulu bekas-bekas orang duduk, siram lah dah abis pun kau siram lah pam lah lepas tu kau semburlah minyak wangi kau yang mahal tu.

“Wangi macam mana pun berak kau busuk juga… Adoi tension aku lah kalau anak aku. Anak aku yang OKU tu pun tahu pam tandas lah,” tulisnya.

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Sekadar info, menerusi kenyataan beliau pada tahun 2019, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengakui beliau amat malu dengan keadaan tandas awam di negara ini yang kotor dan busuk yang menurutnya mencerminkan masyarakat Malaysia tidak mempunyai tanggungjawab sivik.

(Utusan Borneo Online)

#Zarina Zainuddin #Tandas Awam #Tandas Awam Kotor
;