Hiburan

“Yang Share Atau Repost Minta Padamkan Ya” - Kongsi Video Isteri Bersalin, Tauke Mohon Maaf

Mya Amri
30/10/2018
10:00 MYT
Sponsor Banner
“Yang Share Atau Repost Minta Padamkan Ya” - Kongsi Video Isteri Bersalin, Tauke Mohon Maaf
Pelawak Tauke memohon maaf atas tindakannya memuat naik video wajah bayi yang dipeluk isterinya, Nadia Mohd Affandi sejurus selepas proses bersalin.
Kata Tauke, tindakan itu berlaku diluar jangkaan kerana terlalu teruja melihat bayi perempuannya.
“Salam semua. Okay dah turunkan. Sori mata dah kero tak perasan sebab excited terlebih. Lagi satu geng kalau nampak ada yang post atau repost video yang sama tolong gua tendangkan pungkoq dia,” tulisnya.
Tauke membuat permohonan maaf itu menerusi akaun Instagramnya hari ini.
“Salam sahabat-sahabat yang mulia. Maaf sebab terlambat turunkan video isteri bersalin hari itu.
“Maaf atas kekhilafan diri, nak minta tolong juga kalau ada sesiapa yang share tau repost minta admin tu delete juga ya. Terima kasih kepada yang menegur, Alhamdulillah,” coretnya.
Terdahulu, Tauke menerima kritikan daripada netizen yang mendakwa dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana memperlihatkan aurat isterinya.
Foto: Instagram @taukejambu
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar