Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Yayasan Ammirul Ummah Sasar Agih Sejuta Al-Quran Tahun Hadapan

Mya Amri 17/12/2024 | 12:07 MYT
Bersempena dengan Program Sayangi Al-Quran, Yayasan Ammirul Ummah (YAU) mensasarkan sebanyak sejuta Al Quran diagihkan tahun hadapan.

Sasar sejuta orang mampu baca Al-Quran Menerusi program itu juga, pihak YAU turut mensasarkan seramai sejuta orang mampu membaca Al Quran menerusi program Satu Juta Bisa Baca Al-Quran (SAQURA).
Menurut Pengarah YAU, Mohd Kamal Ismail, pengagihan itu akan dilakukan di Indonesia, Selatan Thailand dan juga Malaysia dan kesinambungan daripada itu juga akan diadakan program SAQURA.

"Kedua-dua program itu diperkenalkan bagi memupuk masyarakat supaya menyayangi Al Quran.

"Kami juga merancang untuk mengadakan majlis bacaan Al Quran secara serentak membabitkan peserta dari Indonesia, Thailand dan Malaysia melalui Zoom dan mereka akan khatam bersama-sama pada Ramadan nanti.
"Kami juga baru saja melancarkan lima program di bawah Ikon Inspirasi yang melibatkan penyertaan artis secara suka rela untuk program di bawah YAU.
"Kebanyakkan artis yang menyertai program ini akan membantu mempromosikan naskah Al Quran secara suka rela," ujarnya.
Kamal berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Sayangi Al-Quran : Mencintai dan Menyebarkan Cahaya Al-Quran ke Seluruh Alam di Hotel Grand Barakah, Ampang, pada Isnin.

Ogy Ahmad Daud sudah empat tahun sertai misi Sementara itu Sukarelawan Premium YAU, pelakon versatil, Fauziah Datuk Ahmad Daud, berkata dia sudah empat tahun menyertai misi bersama yayasan berkenaan.
Katanya, dia bukanlah duta sebaliknya hanyalah sukarelawan yang diminta untuk membantu mempelawa rakan artis lain untuk menyokong misi yang baik ini.

"Saya telah bersama yayasan ini sejak empat tahun lalu dan amat bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini.

"Saya menyaksikan sendiri program yang dijalankan bawa perubahan besar bukan saja kepada kehiduapn saya tetapi ramai insan di luar sana.
"Insyallah saya akan mengajak lebih ramai lagi golongan artis untuk turut serta agar kami dapat berdakwah dan mengumpul pahala melalui memupuk rasa cinta terhadap Al Quran," katanya.
Dalam pada itu, turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang juga merasmikan program tersebut.
Wakil Menteri Agama Republik Indonesia, wakil Ketua Dewan Pertimbangan Majelis Ulama Indonesia Jawa
Barat, Koodinator Nasional TPQ Indonesia, serta wakil Thailand dan penaja utama program, Iman Care.
Antara selebriti yang hadir ialah Datuk Fauziah Nawawi, Que Haider, Fazlina Ahmad Daud, Erma Fatima dan ramai lagi.
#Al-Quran #Yayasan Ammirul Ummah #Sejuta
;