Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Yayasan Maghfirah Rai 300 Asnaf, Johan As'ari, Azmi Saat, Fedtri Yahya & Ustaz Adnin Roslan Turun Padang

Amri Hassan 21/04/2022 | 10:28 MYT

Buat julung kalinya Yayasan Maghfirah mengadakan majlis berbuka puasa secara besar-besaran dengan menjemput 300 orang anak yatim, pelajar tahfiz, orang kelainan upaya dan anak-anak asnaf tajaan kelas Sahabat Al-Quran Yayasan Maghfirah.

Objektif utama Majlis Amal Maghfirah ini diadakan adalah untuk meraikan mereka disamping ingin memberikan mereka peluang merasai kemeriahan bulan Ramadan dengan juadah berbuka puasa yang sedikit berbeza daripada hari-hari biasa.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah selebriti tempatan antaranya Johan As’ari.
Manakala duta Yayasan Maghfirah, Fedtri Yahya, Azmi Saat, Ustaz Adnin Roslan, dan Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi juga turut sertai bagi meraikan 300 asnaf dalam majlis ini.
Majlis Amal Maghfirah dimulakan seawal 3 petang dengan sesi pembukaan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Firdaus yang merupakan OKU cacat penglihatan dengan menggunakan Al-Quran Braille dan persembahan bercerita oleh anak asnaf pelajar tajaan Kelas Sahabat Al-Quran Yayasan Maghfirah.
Seterusnya, majlis iftar pada belah malam pula dirasmikan oleh Dato’ Ts Dr. Hj. Amirudin Bin Amir Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia.
Selain itu, Yayasan Maghfirah juga turut melancarkan projek terbaru iaitu Pusat Latihan Dakwah Yayasan Maghfirah yang akan dibangunkan di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Pusat Latihan dakwah ini bertujuan melahirkan lebih ramai pendakwah mahir dalam segenap lapisan masyarakat, dan juga sukarelawan mahir dan terlatih yang akan terus bersama Yayasan Maghfirah membina dan menyantuni masyarakat di luar sana.
Melalui projek ini, Yayasan Maghfirah menyasarkan dana sebanyak RM12 juta bagi perlaksanaan projek fasa pertama sehingga hujung tahun 2023. Semoga segala usaha dan perancangan ini mendapat keberkatan allah.
Di kesempatan ini, Yayasan Maghfirah ingin mengajak masyarakat Malaysia untuk meraikan Ramadan dengan memperbanyakkan amal ibadah sepanjang di bulan mulia ini.
Untuk menyumbang boleh disalurkan melalui akaun bank Maybank 562263552802 atau lebih mudah melalui website yayasanmaghfirah.org.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami di talian 011-6400 1649. Terus menyokong bersama menjayakan kempen Raikan Ramadan, Yayasan Maghfirah.

#Johan As'ari #Azmi Saat #Iftar #OKU #Asnaf #Fedtri Yahya #anak yatim #Yayasan Maghfirah
;