Laman Utama
Yayasan Nurjiwa Beri Sumbangan Kepada Ross Ariffin - "Walaupun Tak Dapat Bertemu..."
Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa bersyukur kerana dapat membantu meringankan beban komposer Ross Ariffin yang kini hidup seorang diri tanpa tempat bergantung.
BERITA TRENDING: Ross Ariffin Tak Mahu Susahkan Anak, Sanggup Jadi Gelandangan
Menerusi hantaran di Instagram, Siti berkata, sumbangan menerusi Yayasan Nurjiwa itu telah disampaikan oleh Datuk Wira Abd Razak Abdul Rahman dan Datuk Akramuddin Abdul Aziz.
“Alhamdulillah, walaupun tak dapat bertemu dengan saudara Ross Ariffin iaitu komposer lagu nyanyian Kurniaan Dalam Samaran, tetapi Yayasan Nurjiwa atau Nurjiwa Foundation berterima kasih kepada YB Datuk Wira Abd Razak serta Datuk Akramuddin Abdul Aziz mewakili kami menyempurnakan penyampaian sumbangan.
“Saya difahamkan sekarang ini, saudara Ross Ariffin menginap di salah sebuah rumah orang tua di Bukit Larang, Melaka. Beliau tinggal seorang di rumah tersebut, namun ada penjaga kerana terdapat beberapa rumah untuk orang tua di situ.
“Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan mengambil berat kebajikan komposer yang banyak mencipta lagu-lagu hebat ini,” tulis Siti.
PILIHAN PEMBACA: Komposer Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Liza Aziz Hidup Merempat: “Saya Gelandangan”
Terdahulu, Gempak melaporkan yang komposer lagu-lagu hits lain seperti Dia nyanyian Fauziah Latiff serta Kau Dan Aku nyanyian Ning Baizura itu hidup merempat dan menjadi gelandangan.
Kisah sedih Ross Ariffin meraih perhatian ramai, khususnya netizen yang turut meluahkan rasa simpati terhadap individu berbakat besar itu.
Sumber: Instagram Siti Nurhaliza