Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

YHB Sleepsalot Sayang Bahasa Melayu – “Dulu Tulis Lirik Bahasa Inggeris Tetapi Bahasa Melayu Lebih Indah…”

Fiza Kamarudin 25/06/2021 | 13:40 MYT
Penyanyi Rap berasal dari Singapura, YHB Sleepsalot mengakui menulis lirik dalam bahasa Melayu lebih memberi kepuasan berbanding bahasa Inggeris.
Menurut YHB dahulu dia menulis lirik dalam bahasa Inggeris tetapi akhirnya mengakui bahasa Melayu lebih indah.
“Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang indah dan mempunyai maksud mendalam dalam setiap perkataan.
“Masa mula-mula jadi penyanyi rap, saya tulis lirik dalam bahasa Inggeris tapi selepas beberapa eksperimen, tulis dalam bahasa Melayu lebih puas.
“Saya juga tidak akan berhenti menulis lirik dalam bahasa Melayu kerana bahasanya ‘deep’ dan genuine,” katanya ketika majlis sidang media secara maya pelancaran single terbaharunya bersama SonaOne berjudul Jatuh Boi, Selasa lalu.
Mengulas mengenai single terbaharunya itu YHB berkata, ia sebuah penghargaan kerana impian untuk bekerjasama dengan superstar hip hop Malaysia SonaOne terlaksana.
“Dia selalu menjadi orang yang saya sanjung dan kami ada ‘chemistry’ yang baik jadi kerjasama yang dicurahkan untuk lagu ini sangat cepat dan ‘natural’,” ujarnya teruja.
Jatuh Boi yang dihasilkan oleh bintang hip hop Flightsch dan RIIDEM, tidak lama selepas pelancaran debut dengan Def Jam Singapura.
“Saya bernasib baik kerana pengalaman FlightSch dan kepakaran RIIDEM membantu menggarap visi ke dalam muzik.
“Jatuh Boi umpama lagu pilihan bagi sesiapa sahaja yang telah melalui masa-masa sukar dan ingin melupakan saat sukar tersebut,” katanya.
Dalam pada itu YHB berharap agar lagu Jatuh Boi dapat diterima pendengar dan peminat di negara ini.
#Jatuh Boi #Sleepsalot #SonnaOne #YHB
;