Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Yoe & Asif Serasi, Mudah Ikut Kehendak Pengarah - Penulis Skrip 35mm

Izwan Isa 06/07/2022 | 11:50 MYT
Penulis skrip dan pengarah bersama Senibayan memuji kesungguhan Yoe dan Asif sepanjang menjalani penggambaran filem 35mm.
Menurut Senibayan, pengarah utama, Syahmi Sazli berjaya mengeluarkan sisi serius kedua-dua pelakon berkenaan untuk menjiwai watak dan skrip yang dipertanggungjawabkan.
“Berbanding watak-watak yang digalas oleh mereka sebelum ini, watak dalam filem 35mm jauh lebih serius. Tapi, mereka berjaya buat.
“Saya ada meminta Syami untuk buat mereka menangis secara spontan. Dan disebabkan Syahmi dah biasa kerja dengan Yoe dan Asif, mereka berjaya ikut seperti mana yang diarahkan.
“Saya berasa sangat bersyukur kerana keserasian mereka membuatkan kerja kita semua menjadi mudah,” katanya.
35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British.
Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.
Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!
#35mm
;